Diumumkan semalam, Wizards of the Coast rasmi akan mengeluarkan “The Brothers’ War”, set terbaru daripada salah satu permainan kad paling popular di dunia, Magic: The Gathering (MtG). Set ini mengandungi 287 kad dan rasmi akan keluar pada 18 November.

Bukan itu sahaja, peminat dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina berpeluang menerima Token edisi terhad apabila mereka membeli produk daripada set ini!
Secara lebih khusus lagi, pemain yang membeli produk The Brothers’ War bernilai sekurang-kurangnya RM450 boleh menerima Token edisi terhad – “Construct” atau “Urzan Automaton”. Token ini berasal daripada 1x set yang terdiri daripada tiga bahagian, dengan tahap transparensi yang berbeza daripada MTG The Brothers’ War Battlefield Mural.
Setiap pelanggan berhak mendapat satu token sahaja, sementara stok masih ada. Butiran lanjut akan tersedia di halaman Facebook Magic: The Gathering.
Berikut adalah kisah The Brothers’ War:

Sebagai ansuran ke-2 kepada kisah Phyrexian dan set standard pertama yang menggabungkan Universe Beyond dengan Transformers, The Brothers’ War menggambarkan salah satu detik paling nostalgia dan penting dalam sejarah Magic.
Di tengah-tengah pencerobohan Phyrexian, Planeswalker Teferi mencari jawapan pada masa lalu tentang permusuhan antara dua beradik, Urza dan Mishra. The Brothers’ War, yang juga dikenali sebagai ‘Antiquities War’, adalah konflik yang menghancurkan alam Dominaria dengan mecha gergasi, dreadnaught dahsyat dan peperangan ajaib, lalu memulakan satu siri peristiwa yang membentuk masa depan seluruh Multiverse.
Pertama kali digambarkan dalam set expansion kedua yang dikeluarkan pada tahun 1994, ‘Antiquities’, The Brothers’ War mendedahkan kisah sebenar di sebalik permusuhan adik-beradik itu.
The Brothers’ War adalah set yang sangat tertumpu pada artifact. Antaranya termasuk Powerstones, token “colourless artifact” yang boleh digunakan untuk menerima mana tambahan tetapi tidak boleh digunakan pada spell bukan artifact.
Prototype adalah satu lagi mekanik yang boleh dilihat pada ” artifact creature”, dan adalah kos alternatif untuk mecha gergasi – untuk membolehkan mereka memasuki medan perang dengan tanpa memakan mana yang banyak tetapi dengan kekurangan kuasa, toughness dan abiliti.
The Brothers’ War juga memperkenalkan semula mekanik popular seperti Meld, keyword yang menggabungkan dua kad untuk menghasilkan satu kad bersaiz besar, dan Unearth, yang membolehkan kad kembali dari graveyard, di mana kosnya diasingkan pada penghujung giliran.
Sebagai set Magic pertama untuk menggabungkan Universe Beyond, The Brothers’ War membawa Transformers ke dalam permainan. Untuk rasa nostalgia sebenar, peminat boleh menambah Optimus Prime, Megatron dan banyak lagi pada dek.
Bagi mereka yang berminat, The Brothers’ War akan tersedia sebagai Draft Booster, Set Booster, Collector Booster, Jumpstart Booster, Commander deck dan Bundle. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post