Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sesi Temuramah bersama Ketua Yoodo – Chow Tuck Mun mengenai e-sukan dan Yoodo Gank

Peluang bersantai sebentar di PMCO Sea 2019 sambil menemu ramah!

Nyny.A by Nyny.A
May 16, 2019
in Artikel, Berita, Temuramah
0 0
0
Sesi Temuramah bersama Ketua Yoodo – Chow Tuck Mun mengenai e-sukan dan Yoodo Gank
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sahaja tidak kenal dengan Telco Yoodo, nama telco Yoodo makin melonjak naik selepas menjadi penaja untuk acara PMNC (PUBG Mobile National Championship) dan penaja utama untuk pemain e-sukan Yoodo Gank. Serba sedikit informasi mengenai Yoodo, Yoodo membekal perkhidmatan mudah alih digital yang memberikan pengguna kawalan penuh dalam menyesuaikan telefon bimbit mereka dan merancang apa sahaja yang sesuai dengan keperluan pengguna, tanpa caj tersembunyi atau komitmen. Yoodo telah membuat gelombang dalam adegan permainan dengan sokongan yang luas untuk sektor yang makin meluas ini.

Image result for yoodo

Kolaborasi bersama Tencent Games

Yoodo adalah syarikat telco pertama yang menjadi rakan kongsi dan  berkolaborasi dengan syarikat permainan terbesar dunia , Tencent Games bermula tahun lalu di mana Yoodo memainkan peranan penting dalam menyusun dan mempromosikan PMNC (PUBG Mobile National Championship) sebagai Telco Rasmi Digital untuk kejohanan. Di acara tersebut, Yoodo telah membuka peluang kepada pemenang untuk ditaja oleh Yoodo sendiri dan mendapat 1 tahun data percuma Yoodo.

Kerjasama bersama Tencent games dalam dunia e-sukan ternyata memberi peluang besar kepada pemain-pemain. Seperti tahun lalu, pemenang bagi acara PMNC iaitu Gank FTY diberi peluang dan sokongan penuh Yoodo bagi menjadi pasukan kompetitif untuk permainan PUBG Mobile dan kini secara rasmi digelar sebagai Yoodo Gank.

Related image

Sesi menemu ramah Encik Chow Tuck Mun

Kini, di acara PMCO SEA 2019(PUBG Mobile Club Open) di Shanghai, Yoodo berjaya membawa kumpulan Yoodo Gank untuk menyertai acara besar ini setelah menjadi pemenang top 5 di acara PMCO yang diadakan di Malaysia April lalu. Disini pihak kami turut berkesempatan untuk menemu ramah Encik Chow Tuck Mun ketua bagi Yoodo untuk maklumat dan rancangan terbaru pihak Yoodo terutama kepada Yoodo Gank.

Disini En. Chow telah berkongsikan mengenai strategi disebalik tajaan kepada Yoodo Gank, pihak Yoodo merasakan permainan e-sukan semakin berkembang di Malaysia dan pengguna permainan mudah alih sangat aktif terutama dalam permainan PUBG. Jadi tahun lalu Yoodo berpeluang untuk bekerjasama dengan pihak Tencent untuk PMNC 2018 termasuk tahun ini juga yang baru sahaja bermula April lalu. Dari PMNC 2018 Gank Fty dinobatkan sebagai pemenang acara kejohanan tersebut, dan pihak Yoodo sangat berbangga dapat bekerjasama untuk membantu mereka menunjuk keupayaan agar terus berkembang dan berjaya dalam bidang e-sukan. Ternyata Gank Fty (kini atas nama Yoodo Gank untuk wakil pemenang) berjaya menunjukkan kehebatan dan potensi yang bagus dan berpeluang untuk membangun bersama Yoodo dan PUBG.

En Chow turut berkongsikan sokongan yang diberi pada Yoodo Gank, antaranya elaun bulanan, setahun data Yoodo percuma (antara hadiah utama di PMNC 2018). Selain itu, pihak Yoodo turut memberi elaun telco serta elaun perjalanan untuk apa jua acara kejohanan yang termasuk dalam perjalanan, pengangkutan dan hotel untuk kesenangan mereka. Paling menarik, En Chow berkata pihak Yoodo tidak akan mengambil hadiah yang dimenangi Yoodo Gank!

Image result for pmnc 2018

Tidak ketinggalan En Chow untuk berkongsikan pendapat dan jawapannya mengenai e-sukan di Malaysia makin meningkat, terutama bermula tahun lalu yang agak sibuk tetapi disokong penuh oleh netizen luar dan pihak kerajaan terutama Syed Saddiq.

Usaha Yoodo untuk mengembangkan e-sports juga memberi peluang untuk mencari pemain e-sukan di Malaysia terutama pada yang mencari pendapatan melalui permainan digital. Sebagai contoh Man Parang dari Yoodo Gank turut memberi fokus lebih untuk e-sukan sebagai pekerjaan sepenuh masa. Dari situ, inilah yang memberi inspirasi kepada pemain lain untuk melonjakkan diri dan pihak Yoodo akan menanggung kesemua kumpulan yang berpotensi ke stage international.

Selain itu, pihak Yoodo juga telah membuat acara kejohanan online kepada pemain PUBG Mobile untuk menewaskan juara kita Yoodo Gank yang telah dimulakan beberapa bulan lalu dan akan diteruskan untuk setiap bulan. Jadi dari sini pihak Yoodo membuka peluang untuk mereka menonjol dan tunjukkan skil masing-masing dan peluang menjadi kumpulan yang ditaja Yoodo makin luas.

Image result for yoodo and tencent collaboration

Dari segi acara kejohanan, kami akan mengambil bahagian, melibatkan dan menganjurkan acara sendiri serta bekerjasama dengan pasukan untuk mengembangkan profil mereka kerana ia akan menjadi perspektif kami yang pasti akan membantu mereka.

Jadi inilah peluang anda untuk mendapatkan telco Yoodo dengan rangkaian network 4G yang mempunyai data khas untuk permainan PUBG serta mainkan secara PERCUMA dalam musim promosi bermula 26 Jan – 31 Julai 2019 dan kemungkinan pada masa akan datang turut bersama permainan kegemaran netizen di telefon pintar iaitu Mobile Legends.

Jangan lupa untuk terus beri sokongan pada Yoodo Gank yang mewakili Malaysia di PMCO SEA 2019 di Shanghai sekarang sehingga Jun ini.

Untuk lebih lanjut mengenai telco Yoodo data PUBG sila tekan dibawah;

Untuk lebih lanjut mengenai PMNC 2019 Sila tekan dibawah;

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PMCO SEA 2019PUBG Mobile Club Open (PMCO) SEA 2019yoodoYoodo Gank
Previous Post

Moonchild Ditaja Oleh Geek Events Untuk Bersaing dalam Kejohanan Mobile Legends Geek 2019

Next Post

Game Co-Op Terbaru, ‘Tools Up!’ Membolehkan Pemain Jadi Tukang Ubahsuai

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Game Co-Op Terbaru, ‘Tools Up!’ Membolehkan Pemain Jadi Tukang Ubahsuai

Game Co-Op Terbaru, 'Tools Up!' Membolehkan Pemain Jadi Tukang Ubahsuai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd