Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sesi “Open Access” percuma dibuka untuk MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON! Pra-pesan sudah bermula!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2020
in Anime, Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Sesi “Open Access” percuma dibuka untuk MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON! Pra-pesan sudah bermula!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, BANDAI NAMCO Entertainment Asia mengumumkan info baru untuk MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON yang dijadualkan akan keluar pada 30 Julai 2020 untuk pelantar PlayStation 4. Selain itu, mereka juga melancarkan trailer kedua yang peminat dapat tonton di bawah. Dalam trailer ini, anda dapat melihat kesemua mecha daripada pelbagai siri dan gambaran keseluruhan untuk sesi pertempurannya serta maklumat untuk sesi Open Access.

BANDAI NAMCO memutuskan untuk membuka sesi Open Access bermula 20 Jun 2020 di mana anda dapat merasakan sebahagian keseronokan daripada game ini. Berikut adalah maklumat rasmi:

Jadual untuk 6 sesi Open Access (waktu dalam GMT)

  • 20 Jun 11AM – 21 Jun 11AM
  • 27 Jun 11AM – 28 Jun 11AM
  • 4 Julai 11AM – 5 Julai 11AM
  • 11 Julai 11AM – 12 Julai 11AM
  • 18 Julai 11AM – 19 Julai 11AM
  • 25 Julai 11AM – 26 Julai 11AM

Unit/Stage yang boleh dimainkan

  • 185 Unit Boleh Main
  • 36 Stage

Mod Permainan

  • Player Match: mencipta/mencari perlawanan “custom” dengan menetapkan pelbagai syarat mengikut pilihan diri sendiri. Sehingga 18 pemain boleh memasuki dan bermain perlawanan 2v2 atas talian.
  • Casual Match: bermain perlawanan atas talian dengan mudah. Perlawanan bermula dengan segera setelah memilih unit dan sangat ideal jika anda ingin menikmati perlawanan dengan santai.
  • Branch Battle: Perlawanan luar talian di mana anda memilih laluan yang anda mahukan dan menyelesaikan semua 8 peringkat.

Selain daripada lagu yang termasuk dalam Standard Edition, Premium Sound Edition adalah edisi istimewa yang merangkumi kesemua 33 lagu yang hanya tersedia di versi arked MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXI BOOST ON. Berikut adalah antara lagu yang tersenarai:

  • Mobile Suit Gundam
  • Tatakai eno Kyofu
  • CHAR ga Kuru
  • Mobile Suit Gundam SEED
  • Tachiagare! Ikariyo
  • Believe
  • Mobile Suit Gundam SEED Destiny
  • Yoki to Hohoemi
  • Sakebi to Gekitetsu
  • PRIDE

Mereka yang betul-betul peminat tegar boleh membeli Collector’s Edition yang mempunyai Standard Edition dan Gunpla khas “HG 1/144 Extreme Gundam & Eclipse-F Parts (EXVS. 10th ANNIVERSARY COLOR Ver.) Set ini hanya boleh didapati dengan pembelian Collector’s Edition.

Kandungan Bonus

  • Kod Produk untuk unit “Gundam Barbatos Lupus Rex”
  • Tema original PlayStation 4 [Shining Hope]

Bonus pra-pesan versi Digital

Sekiranya membuat pra-pesanan versi digital, anda akan diberi hak istimewa untuk bermain tambahan 24 jam untuk 6 sesi Open Access di bawah. Jadualnya adalah seperti berikut.

  • 21 Jun 11AM – 22 Jun 11AM
  • 28 Jun 11AM – 29 Jun 11AM
  • 5 Julai 11AM – 6 Julai 11AM
  • 12 Julai 11AM – 13 Julai 11AM
  • 19 Julai 11AM – 20 Julai 11AM
  • 26 Julai 11AM – 27 Julai 11AM

MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON akan keluar di Asia Tenggara untuk PlayStation 4 pada 30 Julai 2020. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ON, sila ikuti artikel lama kami.

Mobile Suit Gundam: Extreme Vs. Maxi Boost ON
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2020-07-30
PlayStation 4
Mobile Suit Gundam: Extreme Vs. Maxi Boost ON adalah permainan GUNDAM arked Jepun yang popular, akan hadir ke PlayStation 4! Menampilkan sistem pertempuran yang ekstrem dan Mobile Suits dari seluruh sejarah siri ini, peminat akhirnya akan berpeluang untuk melakukan pertempuran 2-vs-2 ke tahap berikutnya!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcogundamMOBILE SUIT GUNDAM EXTREME VS. MAXIBOOST ONOpen AccessPS4
Previous Post

[The Future of Gaming] Hitman 3 ingin bawa “stealth & style” ke PS5 & PS4 pada Januari 2021!

Next Post

[The Future of Gaming] Deathloop akan membuat debut bersama PS5 pada hujung tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[The Future of Gaming] Deathloop akan membuat debut bersama PS5 pada hujung tahun ini!

[The Future of Gaming] Deathloop akan membuat debut bersama PS5 pada hujung tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd