Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sesi gaming untuk kanak-kanak China terhad kepada 3 jam seminggu sahaja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 1, 2021
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Sesi gaming untuk kanak-kanak China terhad kepada 3 jam seminggu sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya kerajaan China telah mengehadkan waktu gaming supaya tidak lebih dari tiga jam seminggu untuk kanak-kanak yang berusia di bawah 18 tahun. Sebagai salah satu peraturan terbaru oleh pihak berkuasa China, undang-undang ini membataskan waktu gaming untuk kanak-kanak bawah umur dan hanya membenarkan mereka untuk bermain satu jam sehari pada hari Jumaat, Sabtu, dan Ahad (bersama cuti kebangsaan). Menurut sumber, undang-undang ini dilaksanakan untuk membendung isu ketagihan gaming yang sedang berlaku.

@thegamerwebsite

Gaming in China just got even more complicated for those under 18. ##China ##restrictions ##gamernews ##chinesegaming

♬ original sound – TheGamerWebsite

Dilaporkan oleh Bloomberg, berita mengenai peraturan ketat ini pada mulanya diumumkan oleh Xinhua, outlet berita rasmi bagi negara China, yang menjelaskan bahawa penyedia perkhidmatan permainan seperti Tencent, Netease, atau MiHoYo wajib menerapkan sistem pendaftaran nama sebenar, maklumat log masuk, dan sistem facial recognition bagi kanak-kanak untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

The previous policy was 1.5 hours a day, so this is an extreme change and comes at a time when South Korea has just overturned its own shutdown law.

Minors will be restricted at the account level using the existing real name registration and anti-addiction system.

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) August 30, 2021

Berita ini mengundang beberapa masalah besar kepada nilai saham Netease dan Tencent. Selain daripada impak kepada sejumlah game popular mereka, kedua-dua syarikat ini juga bertanggungjawab untuk menerbitkan dan menguruskan versi China untuk game antarabangsa seperti World of Warcraft, Overwatch, Fortnite, Call of Duty Mobile, dan PUBG. Pada masa yang sama, ia mungkin mempengaruhi penggunaan Nintendo Switch di China, kerana Tencent juga menguruskan operasi eShop di konsol tersebut.

Bagi korang yang tidak tahu, China sebenarnya adalah pasaran permainan video terbesar di dunia, dan berjaya menghasilkan nilai pendapatan sebanyak $ 40.85 bilion berbanding Amerika Syarikat yang mencatat nilai $ 36.93 bilion pada tahun 2020. Yang menariknya, jumlah pendapatan ini telah dicapai walaupun kerajaan China melaksanakan beberapa undang-undang ketat dan membenarkan penggunaan konsol utama seperti PlayStation dan Xbox pada tahun 2015.

Selain itu, sistem penapisan negara pun selalu memberi kesan kepada produk akhir. Sebagai contoh, Fortnite sangat berbeza di China, dan Animal Crossing yang sepatutnya “family-friendly” pun pernah dilarang sepenuhnya kerana memberi hak kepada pemain untuk meluahkan kreativiti mereka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan protes.

Pada bulan lepas, Korea Selatan telah memansuhkan undang-undang yang menghalang kanak-kanak di bawah umur bermain video (game) sehingga larut malam. Anda boleh baca artikel itu di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinaKanak-kanakundang-undang
Previous Post

Metal Gear Solid 5 akan matikan server untuk PS3 & Xbox 360!

Next Post

Permainan Game Boy akan masuk dalam Nintendo Switch?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Permainan Game Boy akan masuk dalam Nintendo Switch?!

Permainan Game Boy akan masuk dalam Nintendo Switch?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd