Ada berita sedih dan gembira kepada peminat Overwatch, selepas enam tahun dilancarkan, akhirnya, Blizzard Entertainment telah membuat keputusan untuk menutup server Overwatch.

Awal pagi tadi, Blizzard akhirnya merasmikan penutupan server game popular mereka, Overwatch. Langkah ini dilakukan untuk memberi ruang kepada mereka untuk menyediakan versi terbaru Overwatch 2 yang akan tiba pada hari Selasa, 4 Oktober ini.
Menerusi Twitter rasmi Overwatch, Blizzard telah meminta kepada para peminat untuk berkongsi pengalaman mereka yang tidak dapat mereka lupakan ketika bermain Overwatch.
Para peminat mengambil peluang ini untuk mengimbau kembali kenangan mereka ketika bermain Overwatch sementara menunggu pelancaran rasmi sekuelnya, Overwatch 2.
Agak pelik untuk Blizzard menamatkan game pertama Overwatch memandangkan pemain perlu membeli untuk bermain game tersebut. Manakala Overwatch 2 pula boleh dimainkan secara percuma. Untuk mereka yang pernah membeli Overwatch akan mendapat goodies apabila mereka log masuk ke Overwatch 2 buat kali pertama.
Tidak lupa juga skin yang dibeli dari permainan sebelumnya juga akan dipindahkan ke Overwatch 2. Walaupun mungkin terdapat beberapa perubahan mekanikal, sistem dan estetik ia pada asasnya hanya akan menjadi versi baru Overwatch yang boleh dimainkan selama bertahun-tahun.

Blizzard ada menyatakan sebelum ini, untuk pemain baru yang ingin bermain hero original yang ada di Overwatch, mereka harus bermain sehingga 100 perlawanan kerana mereka telah memperkenalkan sistem baru iaitu “First Time User Experience (FTUE)”. Sistem ini direka khas untuk pemain yang baru membuat akaun selepas hari pelancaran Overwatch 2 nanti.

Seperti yang dikatakan tadi, Overwatch 2 akan dilancarkan pada 4 Oktober dan akan dikategorikan sebagai akses awal buat masa sekarang. Korang boleh bermain sekuel terbaru game ini pada platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC.
Korang rasa sedih atau tidak bila Overwatch dah tamatkan operasinya dan adakah korang akan main Overwatch 2 bila sudah keluar nanti? Boleh komen dekat bawah ni.
Untuk sebarang info tentang Overwatch, boleh klik pautan ini. Jika anda ingin tahu berita tentang anime, game dan banyak lagi, boleh ikuti Gamer Santai.

@gamersantaimy
Discussion about this post