Epic Games telah memutuskan untuk menutup Fortnite China secara kekal. Selepas kehilangan versi iOS untuk pelantar mudah alih, datang lagi satu lagi halangan untuk para peminat gamer di China.
Untuk pengetahuan, Fortnite mempunyai versi yang sepenuhnya berasingan untuk pemain China. Walau bagaimanapun, permainan ini telah mencatatkan kerugian sejak tiga tahun lepas kerana beberapa sekatan. Memandangkan kekangan terus bertambah, Epic Games merasakan ia tidak mungkin untuk meneruskan versi China.
Epic Games telah melaporkan akan menutup Fortnite di server China secara kekal. Sumber penutupan ini telah dibuat oleh pengguna Twitter@arkheops yang telah memuat naik satu gambar dan kenyataan melalui media sosial tersebut.
Punca penutupan Fortnite di China masih belum dapat dikenal pasti tetapi ianya mungkin disebabkan oleh polisi yang ketat diterapkan oleh kerajaan yang tidak membenarkan kanak-kanak bermain game lebih daripada tiga jam seminggu. Ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi Epic Games di mana kebanyakan pemain-pemain Fortnite daripada kalangan yang masih muda. Keputusan penutupan ini telah mengecewakan pemain-pemain di China. Susulan pengumuman itu, beberapa peminat telah melakukan petisyen terhadap rasa kecewa mereka itu.
Sebelum pengumuman ini dibuat, Epic juga pernah mengubah beberapa gaya permainan Fortnite untuk disesuaikan dengan keadaan di negara tersebut. Fortnite di China adalah permainan yang sangat berbeza daripada Fortnite yang biasa digunakan di seluruh dunia.
Epic Games telah membuat banyak perubahan pada battle royale mereka untuk menarik minat pasaran China dan undang-undang yang ada di negara berkenaan permainan video. Sebagai contoh, semua tengkorak telah dikeluarkan daripada permainan, untuk menghormati norma budaya Cina dan semua pemain yang masih hidup “menang” selepas 20 minit.
Setakat ini di China, tiada siapa yang boleh mendaftar dan memuat turun permainan ini selepas 1 November dan pemain Fortnite yang sedia ada di China tidak akan boleh mengakses permainan ini selepas 15 November.

@gamersantaimy
Discussion about this post