Kehangatan Marvel’s Avengers makin terasa, permainan bergenre aksi pengembaraan ini dibangunkan bersama oleh Crystal Dynamics dan Eidos-Montréal dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment di Asia Tenggara. Berdasarkan pasukan superhero Marvel Comics the Avengers, permainan ini diilhamkan oleh buku komik dan mitologi yang telah lama berjalan di media lain. Jalan cerita utama permainan berlangsung lima tahun selepas A-Day, hari perayaan bagi Avengers di mana tragedi mengakibatkan kematian dan kehancuran dan Avengers dipersalahkan. Pasukan ini terpaksa berkumpul kembali untuk menyelamatkan dunia dari bahaya dalam bentuk A.I.M. dipimpin oleh MODOK yang mengancam mengakhiri dunia dari kuasa besar.
Dengan bangganya, terima kasih kepada Bandai Namco Entertainment Asia memberi kami peluang untuk mencuba Demo Marvel’s Avengers hujung minggu lalu dan merasai sendiri keseronokkan bermain permainan ini untuk dikongsikan kepada anda semua!
Permainan ini memberi ciri mod co-op, juga sebuah permainan yang lebih naratif dan bukan dunia terbuka membenarkan pemain mengumpulkan pasukan hero mereka sendiri. Kebanyakkan masa dihabiskan di “war table” dimana disitu kita akan memilih misi-misi nya.
Kita turut ada nama-nama terkenal disebalik suara lakon watak hero kita yang dapat dimainkan seperti Steve Rogers / Captain America (Jeff Schine), Tony Stark / Iron Man (Nolan North), Bruce Banner / Hulk (Troy Baker), Thor (Travis Willingham), Natasha Romanova / Black Widow (Laura Bailey), Kamala Khan / Ms. Marvel (Sandra Saad), Clint Barton / Hawkeye dan Peter Parker / Spider-Man (eksklusif di PlayStation).
Permainan ini akan dirilis untuk Stadia, PC, PlayStation 4 dan Xbox One pada 4 September 2020. Permainan ini juga akan dibawa ke PlayStation 5 dan Xbox Series X ketika kedua konsol dilancarkan, dengan pemain PlayStation 4 dan pemain Xbox One dapat menaik taraf ke versi generasi seterusnya secara percuma.
Jalan Cerita yang dibawa dari elemen dunia Marvel!
Marvel’s Avengers merupakan sebuah cerita asal yang turut membawa beberapa kunci elemen dari Marvel Universe seperti watak Terrigen Mist dari Inhumans yang sama seperti Ms Marvel yang juga dari Inhumans. Seperti dinyatakan diatas, cerita asal bermula pada A-Day dimana 5 ahli Avengers iaitu Captain America, Iron Man, Thor, Black Widow dan Hulk kembali meraikan pembukaan “headquarters” kedua di San Francisco, termasuk makluman helikopter mereka sendiri yang digelar Chimera, dikuasakan oleh kristal Terrigen. Upacara tidak lama kemudian menjadi chaos apabila serangan pengganas yang dipimpin oleh Taskmaster mengakibatkan Golden Gate Bridge dan sebahagian besar bandar musnah, serta kematian Captain America. Disalahkan kerana tragedi itu, Avengers dibubarkan.
Lima tahun kemudian, bandar yang dibina semula kini berada di bawah kawalan organisasi berasaskan sains bernama A.I.M. dipimpin oleh George Tarleton dan superheroes termasuk mereka yang merupakan anggota Avengers terlarang. Dengan dunia yang berisiko sekali lagi, seorang remaja Inhuman Pakistan-Amerika bernama Kamala Khan mengungkap kedua-dua kuasa besarnya sendiri dan konspirasi mengejutkan mengenai AIM, dan oleh itu dia memulakan usaha untuk mengumpulkan semula Hero-hero Terkuat Bumi, bagi membalas kematian Captain America dan membongkar pelakunya yang sebenarnya di sebalik kejadian A-Day.
Tidak banyak yang dapat kita bicarakan mengenai cerita ini, kerana kebanyakan kempen cerita tidak dapat dimainkan semasa beta. Kita teruskan dengan Gameplay pula!
Tahap, Skil, Kesukaran semua menanti!
Seperti yang dinyatakan oleh Crystal Dynamic sebelum ini, setiap watak boleh dinaikkan tahap “Level” mereka. Jadi setiap watak akan ada level yang perlu dinaikkan secara individual dan kami hanya boleh menaikkan level tersebut hanya pada satu watak pada satu masa. Level Up ini akan menambah “skill point” dan level tidak akan menggangu kekuatan watak kerana kesukaran misi menggunakan POWER untuk menunjukkan kepayahan, lebih kuat kuas anda lebih kuatlah misi yang perlu dihadap walau apa cara pun.
Beralih pula pada “Skill” watak-watak kita dimana kami akan mendapatkan “Skill Point” dan gunakannya untuk membuka tahap di “Skill Tree“/ pokok kemahiran untuk mempelajari skil baru. Kebanyakkan masanya akan membuka kunci kombo baru atau meningkatkan kerosakan / kesan kemahiran dll. Secara amnya, terdapat 4 pokok kemahiran untuk semua hero, tetapi dalam beta terbuka ini adalah Primary Skills, jadi kami rasa ada lebih banyak kemahiran selain dari yang utama.
Bagi tahap kesukaran “Level Difficulties” pula makin tinggi Level makin sukar untuk diatasi. Anda boleh lihat contoh dibawah untuk tahap tersebut:
- Cabaran level 1 (Mudah) (Musuh – 5 power)
- Cabaran level 2 (Normal)
- Cabaran level 3 (Susah) (Musuh + 5 power)
- Cabaran level 4 (Sangat Susah) (Musuh + 10 power)
Pelbagai barangan kosmetik untuk dimiliki! Ya di “Marketplace“, terdapat banyak barangan yang kami dapat beli. Barangan ini dipecahkan kepada 4 jenis iaitu “Uncommon, Rare, Epic dan Legendary“. Semua barangan ini adalah kosmetik asli dan agak menarik untuk memakainya dan bermain dengan “photo mode”. Antara barangan yang ada adalah kostum, emote dan nameplates.
Kondisi Kekalahan untuk bermain solo adalah anda tidak boleh mati lebih dari sekali, kecuali anda tidak membawa peneman jadi anda akan kehabisan kuasa (HP) dan itu bermaksud anda akan memulakan semula misi tersebut. Tetapi buat masa ini, kami masih tidak pasti berapa kali pula tahap kejatuhan yang kita boleh hadap jika bermain dalam mod multiplayer.
Kombat, Misi, Gear, Koleksi – Gameplay anda mesti lebih gempak!
Misi Dungeons– Setiap misi diakses melalui “War Table di Helicarrier“, tiada sebarang mini map tersedia untuk setiap misi. Setiap misi akan menunjukkan jenis gear jaminan yang akan dijatuhkan dan beberapa misi yang mempunyai “modifiers“, misalnya akan spawn lebih banyak musuh yang mempunyai serangan cryo. Sekiranya dilengkapi, alat ketahanan yang relevan akan menjadikan misi lebih mudah.
Dalam permainan juga, kita dapat menekan butang “atas” untuk ketahui bahagian mana yang sesuai untuk dipantau. Sesetengah bahagian pilihan menarik akan mempunyai barang peti looting. Ada juga beberapa akan mempunyai bilik terkunci yang perlu kita selesaikan dengan mencari dan mengaktifkan suis. Beberapa tempat menarik akan mempunyai musuh yang lebih kuat yang akan memberi harta looting yang lebih baik.
Sememangnya semua misi adalah menarik, memang cukup banyak objektif yang berbeza dalam permainan, kadang-kadang tugasnya adalah mengamankan kawasan, memegang titik, atau menghancurkan sejumlah objek tertentu.
Combat– Setiap hero mempunyai ciri kombat yang agak mudah untuk kami hafal seperti diantaranya;
- Takedowns – Menggunakan butang Tiga segi + Bulat, biasanya membuat anda kebal semasa pelaksanaannya, cukup rapi untuk mengelakkan beberapa kerosakan, juga menanggung sejumlah besar kerosakan pada musuh.
- Combo Takedowns – Kadang-kadang dapat melakukan aksi bersama-sama dengan rakan sepasukan, dan masa inilah kami merasakan macam hero paling padu!
Terdapat banyak jenis musuh disekeliling anda termasuk “grunts” yang biasa, hinggalah “turrets” dan juga elites yang perlu dihadap! Kesemua musuh ini agak sukar ditempur jika anda tidak bersedia dan tidak memakai gear. Selain itu turut akan ada barang-barang persekitaran di sekitar kawasan, seperti kapsul yang akan mengurangkan kesihatan dan akan mengembalikan “willpower” anda.
Heroics– Dimana didalam Beta ini, semua skill ini tidak boleh ditukar milik atau belajar. Setiap watak hanya ada satu skil untuk setiap satu. Ini adalah pecahan dari skil tersebut:
- Ultimate Heroic (L1 + R1)- Biasanya memberi kerosakan, kadang-kadang boleh mengubah hero sepenuhnya, seperti Ironman’s hulkbuster atau blackwidow yang turut akan mengubah keseluruhan kombo juga
- Assault Heroic (R1) – Kerosakan heroic
- Support Heroic (L1) – Kerosakan, Buffs dan Debuffs pada musuh
Semua heroic skills ini didasarkan pada Cooldowns, kadang-kadang takedowns akan membuat skil tersedia dengan segera tetapi ini adalah apa yang kami dapat cuba didalam beta ini. Beberapa musuh mempunyai kebolehan yang akan mengurangkan cooldown ini, walaupun kemahiran anda sudah siap digunakan, ini akan menjadikan heroic tidak tersedia serta-merta.
Selain itu, semua skil ini ada statistik tersendiri yang menunjukkan sama ada permainan ini akan menjadi lebih hardcore atau hanya biasa-biasa. Antara “rating” yang ada seperti Melee Rating, Ranged Rating, Defense Rating dan Heroic Rating.
Dalam pertempuran turut ada banyak kerosakan elemental, berikut adalah beberapa contoh yang semestinya untuk beta ini sahaja:
- Gamma
- Cosmic
- Particle (mengecilkan musuh)
- Shock
- Cryo (bekukan musuh)
- Graviton
Grinding, grinding dan grinding! Ini adalah penting untuk Grinding gear anda kerana semua gear dapat di boost dan memberi banyak perubahan kepada hero anda. Terdapat 6 jenis gear buat masa ini, antaranya melee, ranged, defense, heroic, major artifacts dan minor artifacts.
Untuk membuka Perks, anda memerlukan barangan “uncommon” untuk 1 gear perks, Rare 2, Epic 3 dan Legendary 4. Jika “common” berwarna putih pula tidak akan memberi gear perks. Gears boleh di Boost atau pun untuk senang difahami adalah untuk peningkatan dengan sumber . Uncommon boleh membenarkan anda boost selama 3 kali, Rare 5, Epic 10 dan 15 untuk Legendary. Setiap peningkatan akan membuka gear perk yang disebutkan tadi kecuali jika tiada lagi perk untuk dibuka.
Gears akan memberikan perks yang berguna seperti meningkatkan willpower (HP) pada situasi tertentu, menambah kerosakan elemen, meningkatkan kombo tertentu dan banyak lagi. Mengusahakan dan mengumpulkan pelbagai perks akan mengubah gaya permainan anda dengan banyak. Contohnya seperti menyusun penyusun kombo ringan, sebahagian besar gaya permainan anda akan menumpukan pada kombo ringan. Menyusun stun% akan membolehkan musuh CC anda lebih baik. Gear boleh dibuang untuk mendapatkan sumber-sumber, tetapi gear yang dibuang akan hilang selama-lamanya.
Okay, selain daripada misi utama, terdapat juga misi Harian dan Mingguan. Setiap watak ada misi harian dan mingguan tersendiri. Menyelesaikan misi-misi ini akan menerima mata cabaran yang anda boleh dapatkan emote, sumber, skin, nameplates bergantung pada kad cabaran hero mereka. Misi harian akan di “refresh” setiap hari, sementara pencarian mingguan diperbaharui setiap minggu.
Dan selebihnya terdapat “Collection” dimana terdapat beberapa pekara yang anda boleh teroka. Antaranya;
- Comics
- Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, komik-komik ini memang memberi penambahbaikan kepada benefisiari, walaupun terlalu kecil untuk diperhatikan (contoh: 0,5% peluang kritikal)
- Intelligence
- Ini adalah fail yang akan memberikan lebih banyak cerita latar dalam permainan dan ia sepenuhnya disuarakan.
- Codex
- Berikan intelijen musuh. Biasanya dapat memperolehnya setelah anda mengalahkan musuh.
4 watak yang kami mainkan~ Jom selami pengalaman kami
Kami hanya boleh memainkan 4 watak dalam versi beta ini antaranya Iron Man, Blackwidow, The Hulk & Ms. Marvel. Kesemuanya unik dan menawarkan gaya permainan yang berbeza.
The Hulk menghancurkan segalanya dan kebanyakan kemahiran serta kepahlawanan bergantung pada kekuatan brutal. “Grabbing” musuh dan “Smash” mereka seperti apa yang dilakukannya kepada Loki (MCU), juga sangat lawak dan kejam. Thunderclap yang ultimate melakukan kerosakan yang luar biasa dan menghantar musuh terbang terus. Kami merasakan bahawa The Hulk memerlukan sedikit pekerjaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, lompatannya selalunya tidak dapat membawanya ke beberapa kawasan yang lebih tinggi apabila dalam misi. Mengaktifkan Rage akan meningkatkan kerosakan serangannya.
Iron Man pula menawarkan lebih kepada gerakan mobiliti kerana dia boleh terbang dan berlegar-legar. Mempunyai beberapa senjata gempak dari suit nya seperti Beams, Lasers dan Rockets. Hulkbuster kepahlawanan Ultimate akan mengubah pergerakannya sepenuhnya. Serangan jarak jauh akan memakan tenaga yang cukup banyak dan tenaga akan cepat habis sekiranya kita terus melakukan serangan spamming. Serangan ringan juga akan menghasilkan bar tenaga.
Memang agak mengejutkan, Black Widow adalah sangat seronok untuk dimainkan! Boleh bergerak dimana sahaja dengan pantas dan senang membuat serangan jarak dekat terus dengan “Gappling Hook”. Pada masa yang sama juga menawarkan sejumlah serangan dan tidak seperti Iron Man, dia tidak akan kehabisan peluru. Ultimate Heroic power memberi lonjakan akan meningkatkan kerosakan kejutan dan pergerakan, jarak melee jarak jauh yang dipertingkatkan juga.
Dan yang terakhir kami dapat cuba adalah Ms. Marvel yang ibarat Luffy untuk Marvel Universe! Bukan itu sahaja, Kamala Khan yang berdarah Pakistan-Amerika adalah watak Muslim pertama oleh Marvel yang mendapat komik dan heroic tersendiri pada tahun 2013! Dia dapat meregangkan lengannya dan melakukan pukulan jarak jauh. Sebilangan besar serangan jarak dekatnya meliputi jarak jauh dan dapat menangani sejumlah musuh pada masa yang sama. Embiggen Ultimate Heroic akan menjadikannya lebih besar untuk melakukan serangan bersaiz gergasi.
Kesimpulannya~ Berbaloi ke tak ni?
Dah habis disitu, tetapi ada satu lagi pekara yang menghiburkan iaitu bermain Multiplayer memang seronok, terutama apabila membuat kombo heroic dan lebih banyak koordinasi dalam permainan. Apabila anda jatuh, rakan sepasukan anda boleh datang dan membantu anda, walaupun AI juga boleh melakukannya.
Permainan ini boleh dimainkan secara solo, kerana anda dapat meminta beberapa watak anda sebagai AI. Walaupun mereka tidak dapat bertarung dengan baik di tidak kira diantara level atau gear, mereka tetap membuat misi yang dijalankan lebih mudah untuk diselesaikan.
Dalam temuramah kami sebelumnya, para pemaju benar-benar menyebutkan bahawa akan ada gear yang ditetapkan, walaupun gear set ini tidak dijumpai dalam versi beta, tetapi harap diingat, beta menawarkan permainan yang sangat awal dan bukannya pengalaman permainan akhir. Biasanya gear yang ditetapkan hanya berguna untuk kandungan permainan akhir.
Dari awal permainan, kami dapat melihat bahawa anda akan membuka kunci watak semasa anda terus melalui jalan cerita, jadi daripada mendapatkan semua watak sekaligus, anda akan perlahan-lahan membukanya sambil menikmati plot cerita.
Permainan ini tidaklah sukar mana, tetapi juga tidaklah mudah mana, senang cerita berada tahap tengah kesukarannya. Terdapat kemahiran yang akan memberi ganjaran kepada pemain berdasarkan parry. Kawalannya cukup mudah tetapi digilap. Beberapa musuh dapat melindungi diri daripada serangan, jadi anda akan menggunakan serangan Berat atau Vault di belakangnya untuk menidakaktifkan kawalan mereka.
Jadi sejujurnya, walaupun hanya beta, nyata permainan ini sangat menyeronokkan dan boleh menjadi Hardcore dalam masa yang sama. Dengan kemaskini percuma juga DLC yang akan mendatang, rasanya permainan ini mungkin sebesar siri Monster Hunter. Jadi dalam beta ini terdapat dalam 5 daerah yang dibuka, tidak pastilah agaknya apabila permainan penuh dikeluarkan.
Pada anda yang telah pre-order permainan ini, anda juga berpeluang untuk mencuba sendiri beta yang akan dibuka sekali lagi 7 Ogos ini! Jadi yang mana nak pre-order tu, anda boleh rujuk artikel kami sebelum ini dan berpeluang sendiri mencuba Marvel’s Avengers! Jangan lupa Marvel’s Avengers akan dipasaran pada 4 September ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post