Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Serang hendap atau larikan diri dengan cara terbaru, acara AIRBORNE CHIP di Call of Duty Mobile kini hadir!

Jom ramai-ramai masuk kelas terbaru dalam COD Mobile ini!

Nyny.A by Nyny.A
November 5, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Serang hendap atau larikan diri dengan cara terbaru, acara AIRBORNE CHIP di Call of Duty Mobile kini hadir!
Share on FacebookShare on Twitter

Impak terbesar dalam dunia Battle Royale di mobile apabila Call of Duty: Mobile hadir 1 Oktober 2019 lalu dan selama sebulan ini mereka mencipta rekod dengan 20 juta muat turun hanya dalam 3 hari waktu pelancaran! Pelbagai kemaskini walaupun hanya dalam sebulan di platform mobile yang termasuk dari segi acara, skin-skin senjata dan pelbagai lagi menarik perhatian pemain yang sangat menyukakan permainan ini. Nampaknya kemaskini tidak akan terhenti disitu, apabila COD Mobile mempunyai kelas terbaru iaitu Airborne!

Akhirnya, sebuah acara terbaru yang dinamakan Airborne Chip event kini hadir di Call of Duty: Mobile bermula 4 November 2019 hingga 11 November 2019 4PM PT.

Acara terbaru ini menawarkan pemain peluang untuk membuka kunci kemahiran pakar terbaru dalam permainan. Untuk membuka kunci kemahiran pakar Airborne, pemain perlu menyelesaikan beberapa cabaran ini sebelum tarikh berakhir. Kemahiran Airborne specialist membolehkan pemain melancarkan diri ke udara dan meluncur ke kawasan yang berlainan peta.

Inilah segala yang perlu anda ketahui untuk mendapatkanya didalam acara ini:

  • Membunuh 5 Musuh dalam Mod Battle Royale;
  • Bunuh 10 Musuh dalam Mod Mod Battle Royale;
  • Main 1 perlawanan dalam Mod Battle Royale;
  • Main 2 perlawanan dalam Mod Battle Royale;
  • Gunakan 1 kemahiran Pakar dalam Mod Battle Royale;
  • Gunakan 2 kemahiran Pakar dalam Mod Battle Royale;
  • Bertahan dalam Mod Battle Royale selama 1500 saat;
  • Bertahan dalam Mod Battle Royale selama 3000 saat;
  • Tempat di Top 10 dua kali dalam Mod Battle Royale;
  • Log masuk terus dalam 3 Hari.

Banyak objektif yang bertindih, dan anda secara teorikal dapat menyelesaikan beberapa objektif dalam setiap permainan. Bermain perlawanan, membunuh musuh dengan Operator Skills dan mendapat 10 teratas dalam satu perlawanan bukannya teralu sukar untuk dicapati. Jadi, pertimbangkanlah untuk membuat cara yang terbaaik bagi mengekalkan penempatan Top 10 tu okay!

Jadi apa pula yang akan pemain dapat selepas menyelesaikan kesemua misi ini? Dibawah ini adalah kesemua ganjaran yang akan diterima pemain:

  • Jumlah Tugas= 2
    • Ganjaran: 100 Credits
  • Jumlah Tugas = 4
    • Ganjaran: 100 Credits
  • Jumlah Tugas= 6
    • Ganjaran: Battle Crate
  • Jumlah Tugas = 8
    • Ganjaran: M16 Weapon Skin
  • Jumlah Tugas = 10
    • Ganjaran: Airborne Class Unlock

Jadi dah siap untuk terbang ke udara dengan membuka kunci kelas Airborne? Okay sebaik sahaja anda melengkapkan objektif, anda akan membuka kunci Kelas Airborne ini. Kelas ini membuka satu taktik dan strategi Battle Royale yang baru.

Sama seperti kelas lain, Airborne memberi anda dua kelebihan taktikal yang unik. Peranti Ejek (Ejection Device) yang membenarkan pasukan anda melompat dan berlepas ke udara lalu menghidupkan wingsuit supaya anda dapat meluncur.

Anda boleh menggunakan Peranti Ejek (Ejection Device) untuk melarikan diri dari situasi gentar, menjadi pandangan visual di kawasan, mencapai ketinggian baru untuk memberi pasukan anda satu sudut pandangan, atau mengambil laluan yang lebih selamat ke destinasi baru di peta. Pilihan adalah milik anda bila dan di mana menggunakan Peranti ini, tetapi peluang dalam permainan adalah tanpa batas.

Keupayaan kedua dalam kelas ini dipanggil (Lightweight). Lightweight membuat anda lebih bersemangat sambil menggunakan wingsuit. Bersama-sama, ianya adalah gabungan sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan dari serangan udara.

Jadi jangan lupa untuk sertai acara ini beramai-ramai dan buka kelas Airborne! Jangan lupa ikuti Call of Duty: Mobile di laman web rasmi mereka, Facebook, Youtube dan Instagram nya untuk lebih maklumat dan kemaskini permainan ini.

Sumber: COD Mobile

Muat turun di sini
Call of Duty: Mobile
Publisher: Activision
Developer: Garena
Release Date: 2019-10-01
Announce Date: 2019-10-01
Android, iOS
Bersedia dengan permainan yang mendebarkan, bermain Call of Duty® Mobile di mana sahaja anda berada. Merentas beberapa mod permainan apabila anda terlibat dalam pertempuran  melalui peta kegemaran seperti Nuketown dan Crash, semuanya dioptimumkan untuk mudah alih.
 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AIRBORNE CHIP EVENTAIRBORNE CHIP EVENT COD Mobilebattle royaleCall of duty mobileCOD Mobile
Previous Post

Niat nak sambut Halloween, sebaliknya lelaki berkostum PUBG menangkap pencuri dengan kuali!

Next Post

EA mendedahkan bila APEX LEGENDS akan keluar untuk MOBILE!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
EA mendedahkan bila APEX LEGENDS akan keluar untuk MOBILE!

EA mendedahkan bila APEX LEGENDS akan keluar untuk MOBILE!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd