Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Seorang lelaki memegang Guinness World Record dengan memiliki lebih dari 20,000 koleksi permainan video!

Syurga para gamers!

Wakambing by Wakambing
April 12, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Seorang lelaki memegang Guinness World Record dengan memiliki lebih dari 20,000 koleksi permainan video!
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang hardcore gamer dari Texas menempah nama ke dalam Guinness World Record kerana dia mempunyai koleksi permainan video yang begitu banyak di setiap sudut biliknya! Lelaki bernama Antonio Monteiro itu telah mengumpul sebanyak 20,139 games yang disimpan di dalam rumahnya di Richmond, Texas. Di dalam biliknya, game tersebut dibahagikan mengikut kategori masing-masing, dari PlayStation sehinggalah game retro seperti Dreamcast dan Atari. Oleh sebab bilangan permainannya yang terlalu banyak, ia mengambil masa selama 8 hari untuk dia mengira berapa banyak koleksi yang benar-benar ada,

Antonio berkata yang dia sudah pun bermain setiap game yang dimilikinya, namun daripada 20,139 games itu, permainan kegemarannya ialah Castlevania IV yang dianggap sebagai “masterpiece”. Penggemar games tegar itu bukan sahaja mempunyai tajuk-tajuk game yang kita biasa dengar, malah game yang super-rare seperti Max Basic Rifle Marksmanship Program yang hanya dikeluarkan Nintendo khas kepada askar US untuk tujuan latihan menembak serta game keluaran Jepun iaiatu CJ The Elephant dari SEGA.

Sumber: Guinness World Records/YouTube

Tidak ada gamer lain yang mampu mengatasinya kerana dia mempunyai koleksi lengkap game Sega Genesis dan juga koleksi game Sega Dreamcast! Tambahan lagi, “Hotel Mario” dan “Zelda’s Adventure” adalah dua game yang dibuat khas untuk games Phillips CD-i yang bermaksud ianya sangatlah unik.

Sumber: Guinness World Records/YouTube

Tetapi apa gunanya memiliki kesemua permainan ini jika dia tidak dapat memainkannya? Jangan bimbang: Antonio mempunyai lebih daripada 100 konsol permainan supaya dia boleh memainkan apa-apa dalam koleksinya. Seperti di dalam gambar di atas, dia ada beberapa versi konsol yang sama sebaga persediaan sekiranya salah satu daripada tiba-tiba tidak berfungsi. Penulis sendiri tidak mempunyai masa yang cukup untuk bermain, inikan pula untuk memilih satu game daripada lebih dua puluh ribu itu untuk bermain! Apa pendapat korang? Adakah ini syurga para gamers yang korang impikan?

Sumber: Guinness World Records Youtube

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 20 ribuguinnessrecordretrotexasworld
Previous Post

Apa yang terbaru ada didalam Update Fortnite Patch Notes 8.30 ?

Next Post

Update terbaru ‘Asphalt 9’s Caribbean Penambahan Track Baru, Kereta Baru, Peningkatan Multiplayer dan pelbagai lagi.

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Update terbaru ‘Asphalt 9’s Caribbean Penambahan Track Baru, Kereta Baru, Peningkatan Multiplayer dan pelbagai lagi.

Update terbaru ‘Asphalt 9’s Caribbean Penambahan Track Baru, Kereta Baru, Peningkatan Multiplayer dan pelbagai lagi.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd