Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Senarai update sistem baru untuk PS5 dan PS4, masih dalam fasa beta

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2022
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Senarai update sistem baru untuk PS5 dan PS4, masih dalam fasa beta
Share on FacebookShare on Twitter

Update sistem beta kedua bagi PS5 akan bermula esok yang menampilkan cara baru untuk pengguna memperibadikan pengalaman konsol mereka melalui ‘party chat’, ‘Game Base’ dan ‘tetapan accessibility’. Sony juga akan memulakan ujian bagi sistem beta PS4 beta pada hari yang sama untuk pengguna mencuba fitur ‘Open Parties’, yang turut hadir dalam beta PS5.

Malangnya, beta PS5 dan PS4 beta ini hanya akan dibuka kepada pengguna terpilih di AS, Kanada, Jepun, UK, Jerman dan Perancis . Apabila selesai, update ini akan tersedia di seluruh dunia pada sekitar tahun ini.

Selain itu, peserta beta PS5 di AS dan UK dapat mencuba fitur ‘voice commands’ untuk mencari dan membuka game dan aplikasi, serta mengawal media dengan hanya menggunakan suara. Berikut adalah ringkasan:

Pilihan Party Chat baru 

  • Open Party dan Closed Party (beta PS5 dan PS4)
    • Apabila memulakan parti, anda kini boleh memilih sama ada Open Party atau Closed Party:
      • Open Party membolehkan rakan anda melihat dan menyertai parti tanpa jemputan. Rakan kepada ahli parti juga boleh menyertai.
      • Closed Party hanya untuk pemain yang anda jemput.
  • Update untuk ‘voice chat reporting (beta PS5)
    • Jika anda ingin melaporkan sesuatu yang dikatakan oleh ahli parti, kini terdapat penunjuk visual untuk mengenal pasti siapa yang bercakap. Ini akan membantu PlayStation Safety mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan laporan anda. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang ciri ini di sini.
  • Update Share Play (beta PS5)
    • Mulakan Share Play terus daripada ‘kad voice chat’. Anda tidak perlu lagi memulakan Share Screen dahulu untuk menggunakan Share Play.
  • Volume Voice chat (beta PS4)
    • Anda kini boleh melaraskan volume voice chat secara individu bagi setiap pemain dalam parti di PS4, sama seperti pada PS5.

Penambahbaikan pada PS5 Game Base

  • Voice chat kini dipanggil Party. Untuk akses lebih mudah, Sony membahagikan menu Game Base kepada tiga tab: Friends, Parties dan Messages.
  • Daripada menu Game Base, anda kini boleh:
    • Lihat semua rakan anda di bawah tab [Friends], atau akses fitur ‘player search’ dan ‘friend request’ melalui tab ini.
    • Tambahkan pemain pada ‘group atau buat ‘group’ baharu terus dari Game Base. Anda juga boleh menghantar mesej teks, mesej pantas, imej, klip video dan melihat media daripada ‘group’ daripada tab ini.
  • When someone in a party is sharing their screen, you’ll now see the (on air) icon.
  • We’ve made it easier to decline friend requests by adding a [Decline] button to your friend request list.
  • Apabila seseorang dalam parti berkongsi skrin mereka, anda kini akan melihat ikon (di udara).
  • Memudahkan pengguna untuk menolak ‘friend request’ dengan menambahkan butang [Decline].

Fitur baru untuk UI PS5

  • Tapis mengikut genre
    • Sony menambah pilihan untuk menapis koleksi game anda mengikut genre, membolehkan anda mencari jenis game tertentu dengan cepat.
  • ‘Keep in Home’
    • Anda kini boleh menyimpan permainan atau aplikasi yang anda pilih pada menu utama dengan memilih “Keep in Home” dengan butang (option).
    • Anda boleh menyimpan maksimum lima game dan aplikasi pada menu utama dengan fitur ini.
  • Pertambahan aplikasi pada menu utama
  • Anda kini boleh mempunyai total 14 game dan aplikasi di menu utama.
  • Kemas kini UI bagi ‘Trophy’
  • Sony mengemas kini reka bentuk visual kad trophy dan senarai trophy bagi update sistem baru PS5. Anda juga boleh melihat cadangan trophy mana yang akan diperoleh di ‘trophy tracker’ dan mengaksesnya daripada Control Center setiap kali bermain game.
  • Mulakan Share Screen daripada Create menu
  • Daripada Create menu, anda kini boleh memulakan Share Screen dan menyiarkan gameplay anda kepada Open Party.

Ciri Accessibility baru

  • Audio mono untuk headphone
    • Anda kini boleh mengaktifkan audio mono untuk headphone supaya audio yang sama dimainkan dari kedua-dua bahagian kiri dan kanan, dan bukannya campuran bunyi audio stereo atau 3D. Ciri ini menyediakan pilihan tambahan untuk meningkatkan pengalaman audio PS5, terutamanya untuk pemain yang mengalami isu kehilangan pendengaran unilateral.
    • Pemain boleh menikmati ciri audio mono melalui headphone atau headset yang disambungkan melalui USB atau bicu (Bluetooth tidak disokong). Audio mono untuk PS5 tidak disokong semasa bermain game PS VR.

Voice Command

  • Sony juga sedang menguji ciri di update sistem baru yang membolehkan arahan suara untuk mencari dan membuka game, aplikasi dan tetapan, serta mengawal media di konsol PS5.
  • Pada masa ini, ciri ini tersedia dalam bahasa Inggeris untuk peserta beta dengan akaun yang didaftarkan ke A.S. dan U.K.
  • Aktifkan Voice Command (Pratonton) di menu Settings. Kemudian, panggil “Hey, PlayStation!” dan minta konsol PS5 untuk mencari game, membuka aplikasi atau tetapan, atau mengawal media sambil menikmati filem, rancangan TV atau lagu.

Sumber – PS Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETAPS4ps5update sistem
Previous Post

Unboxing – PS5 cover & DualSense ‘Galaxy Collection’

Next Post

MPL Malaysia menjalankan siasatan atas isu kelakuan pasukan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
MPL Malaysia menjalankan siasatan atas isu kelakuan pasukan

MPL Malaysia menjalankan siasatan atas isu kelakuan pasukan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd