Seperti yang korang tahu One Piece Film RED merupakan filem yang “meletup” di seluruh dunia sekarang. Cuma ramai yang tidak tahu filem itu adalah “canon”(bahan yang diterima sebagai sebahagian daripada cerita rasmi). Jadi apa yang berlaku dalam filem itu sebenarnya memainkan peranan penting dalam kisah utama One Piece. Di sini izinkan saya jelaskan beberapa spoiler besar yang terjadi dalam One Piece Film RED.
Amaran! Artikel ini mengandungi spoiler daripada One Piece Film RED
Marine sanggup korbankan rakyat biasa

Konsert yang diadakan oleh Uta di Elegia telah didatangi dengan pelbagai orang berlainan latar belakang – lanun, marine, cipher pol dan rakyat biasa. Ketika mereka sedang dipukau dengan kuasa Uta, mereka menyerang Shanks dan krewnya dan juga para marine yang datang untuk cuba menangkap Uta.
Kizaru menyuruh para marine untuk tembak siapa sahaja yang mengganggu operasi mereka termasuk juga rakyat biasa. Ini membuatkan Shanks marah dengan mereka tetapi tak boleh nak melawan kerana risau tercederakan rakyat biasa.
Jika nak dibandingkan masa Marine War Arc, kita boleh tengok Akainu mengarah para marine untuk teruskan serangan ke atas krew Whitebeard. Sedangkan krew Whitebeard semua ingin larikan diri setelah mendapat arahan dari kapten mereka sendiri. Tetapi Akainu tetap arahkan tentera laut untuk serang lanun walaupun ramai diantara mereka sudah tiada motivasi untuk melakukannya.
Observation Haki Usopp

Ketika Usopp di dalam dunia Uta, mereka diberitahu oleh Coby untuk kalahkan Tot Musica mereka harus serang secara serentak di dunia Uta dan dunia sebenar. Usopp telah memfokuskan mindanya lalu berhubung dengan Yasopp, ayahnya. Mereka berjaya mengalahkan Tot Musica kerana kombo Usopp dan Yasopp memberi arahan untuk menyerang ditempat yang sama pada waktu yang sama seperti yang diceritakan oleh Coby.
Oda seperti ingin menunjukkan yang Usopp boleh menggunakan Observation Haki jika dia tumpukan perhatian sepenuhnya. Sepanjang One Piece bersiar hanya berapa kali sahaja kita boleh nampak Usopp menggunakan hakinya. Ini merupakan info yang bagus untuk ingatkan kita yang masih ada krew Luffy yang mampu gunakan haki selain monster trio dan Jinbei.
Kemunculan Pertama Gear 5

Apa yang kita tahu tentang Gear 5 hanyalah form terakhir Luffy tetapi kita tak pernah tengok di kaca televisyen yang menunjukkan warna gear 5 tersebut. Di dalam manga memang semuanya berwarna hitam putih tetapi Oda telah mengesahkan yang Gear 5 Luffy adalah berwarna putih.
Mereka yang dah tengok filem ini pasti sudah tahu macam mana rupa Gear 5 Luffy bila dah keluar dalam anime nanti. Walaupun di dalam filem tersebut hanya menunjukkan bahagian belakang sahaja ketika Luffy dan Shanks membuat serangan terakhir sebelum berjaya menumbangkan Tot Musica.
Katakuri pandang rendah dekat Shanks

Katakuri telah datang ke Elegia atas sebab ingin menyelamatkan adik-beradiknya yang datang ke konsert Uta untuk menangkapnya. Tetapi situasi diterbalikkan oleh Uta apabila dia mengurung mereka di dalam dunianya sendiri.
Katakuri telah berjumpa dengan Shanks yang ketika sedang bertarung dengan Tot Musica. Katakuri memberitahu Shanks yang dia boleh tengok masa depan menggunakan hakinya tapi Shanks dengan angkuhnya memberitahu bukan Katakuri seorang sahaja yang boleh tengok masa depan.
Asal usul Shanks didedahkan

Shanks menjumpai Uta ketika krewnya merampas harta karun daripada lanun yang mereka lawan. Waktu itu Uta masih lagi bayi dan Shanks masih lagi lanun yang kecil. Ketika Shanks melihat Uta dia teringat ketika saat pertama dia melihat Kapten Gol D. Roger dan Dark King Rayleigh dengan kedengaran audio seperti peti harta karun di buka.
Mungkinkah Roger merampas Shanks dari Celestial Dragon ketika Shanks masih lagi bayi kerana pengaruh Shanks terlalu besar sehingga Goresei memberi dia masuk ke Mary Geoise?
Uta kemungkinan besar mati

Setelah Uta dikalahkan dia telah kembali normal dan berada dalam keadaan yang tidak bertenaga. Shanks memberi ubat kepada Uta tetapi ditolak kerana mangsa Uta masih tidak sedarkan diri. Uta mengambil keputusan untuk menggunakan saki baki tenaga dia untuk bangunkan semua orang yang kena dengan nyanyian terakhir.
Ketika Luffy bangun dari tidurnya dia melihat krew Shanks berdiri mengelilingi keranda tetapi tiada susuk tubuh Uta dapat dilihat di atas kapal Shanks tersebut.
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin ada lagi informasi di dalam filem ini tetapi antara yang terbesar kita boleh dapat. Siapa yang nak tengok filem ini boleh tempah dekat laman web GSC sekarang.
Jika korang nak tahu lebih tentang One Piece boleh klik di pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post