Permainan percuma PlayStation Plus yang dirancang untuk bulan Jun 2021 telah didedahkan di mana pelanggan PlayStation Plus dapat menantikan tiga permainan hebat bermula bulan depan. Sony mengumumkan hari ini bahawa pelanggan akan mendapat Operation: Tango, Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown, dan Star Wars: Squadrons secara percuma pada bulan Jun selagi mereka mempunyai langganan aktif. Setiap permainan boleh dimuat turun pada 1 Jun.
Your PlayStation Plus games for June: Operation: Tango, Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown, Star Wars: Squadrons. Available starting June 1: https://t.co/PbSrubWFTr pic.twitter.com/LjadkCT1CC
— PlayStation (@PlayStation) May 26, 2021
Star Wars: Squadrons dan Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown adalah dua permainan yang mungkin ramai sudah kenal, tetapi jangan pandang rendah pada Operation: Tango, yang hanya boleh dimuat turun di PlayStation 5. Berikut adalah info untuk setiap permainan:
Operation: Tango
“Bekerjasama untuk menyelamatkan dunia dalam “cooperative spy adventure” ini. Cabar diri sendiri dan rakan-rakan untuk bersaing dalam talian demi menyelesaikan misi berbahaya di seluruh dunia dalam dunia berteknologi tinggi. Gabungkan sejumlah kemahiran dari sudut pandangan yang berbeza – bermain sama ada Hacker atau Agent – untuk mengatasi cabaran asimetri, dengan hanya suara anda untuk menghubungkan anda. Kerja berpasukan sangat penting, dan komunikasi adalah kunci! Operation: Tango menghendaki kedua-dua pemain untuk mempunyai akses ke mikrofon yang berfungsi.”
Virtua Fighter 5: Ultimate Showdown
“Permainan ikonik ‘one-on-one’ Sega telah mendapat remaster, diawasi oleh pembangun Ryu Ga Gotoku Studio. Membuat debut di PlayStation Plus dan PlayStation Now, mana-mana veteran dan pendatang baru Virtua Fighter dapat menguji mod dalam talian baru seperti ‘ranked match’, kejohanan dan liga, sambil menikmati visual yang diperbaiki dan UI yang direka bentuk semula.”
Star Wars: Squadron
“Kuasai seni pertempuran starfighter, dan pelajari apa ertinya menjadi juruterbang dalam kisah Star Wars yang mengasyikkan setelah peristiwa Return of the Jedi yang dilihat dari perspektif dua pihak. New Republic memperjuangkan kebebasan. Empire ingin memerintah. Kendalikan kenderaan ikonik seperti pesawat tempur X-wing dan TIE, ubahsuai senjata dan kosmetik, bahagikan kuasa antara senjata, perisai dan mesin. Anda juga akan mempunyai pilihan untuk bermain secara realiti maya di PS VR!”
Permainan PlayStation Plus percuma bulan Jun 2021 akan tersedia mulai 1 Jun. Untuk segala liputan kami tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.
Sumber – PlayStation
@gamersantaimy
Discussion about this post