Pada beberapa tahun lepas, Sony mengumumkan “mereka berminat untuk menerbitkan sejumlah game eksklusif PlayStation ke platform PC. Nasib baiklah, ini bukan omong kosong dan mereka benar-benar menepati janji. Dengan kemunculan pelbagai game baru, mungkin ada pengguna PC yang keliru – “Game apa yang dahulu eksklusif di PlayStation tetapi sekarang boleh dimainkan di PC?” Jangan risau, biar saya senaraikan untuk korang semua!
Senarai game eksklusif PlayStation yang kini ada di PC:
Horizon Zero Dawn
God of War (2018)
Final Fantasy 7 Remake Intergrade
Death Stranding
Days Gone
Persona 4 Golden
Heavy Rain
Beyond: Two Souls
Detroit: Become Human
Nioh, Nioh 2
Predator: Hunting Grounds
Journey
Uncharted: Legacy of Thieves Collection

Marvel’s Spider-Man Remastered
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales
Rachet and Clank: Rift Apart
The Last of Us Part 1
Returnal
Sackboy: A Big Adventure
AKAN DATANG
Horizon Forbidden West
Until Dawn
Selain game di atas, ada juga beberapa spekulasi dan khabar angin tentang port PC untuk Ghost of Tsushima dan Bloodborne. Malangnya, itu hanya khabar angin dan masih tiada pengesahan daripada pihak bertanggungjawab.
Saya sebenarnya suka pendekatan baru PlayStation yang memberi lebih banyak peluang kepada gamer di seluruh dunia untuk mencuba game ‘first-party’ mereka. Walaupun adanya PS5, sebenarnya ada banyak kelebihan lain jika mereka mengeluarkan game untuk platform PC. Antara contoh saya boleh beri adalah seperti Horizon Zero Dawn dan God of War (2018) yang sehingga hari ini masih popular di kalangan gamer Steam.
Dengan pembentukan PlayStation Studios (mereka yang bertanggungjawab untuk membawa game PS4 dan PS5 ke PC), masih banyak game hebat yang kita boleh nantikan pada masa hadapan.
Itu sahaja untuk senarai game eksklusif PS yang kini ada di PC. Untuk melihat senarai lain yang kami buat, sila tekan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post