Dengan berakhirnya siri anime seperti Tokyo Revengers, Tensura dan Digimon Adventure, mesti ramai peminat yang inginkan anime baru untuk ditonton. Ini berita gembira untuk anda! Kami sediakan senarai beberapa anime menarik yang anda boleh layan sementara menunggu musim seterusnya untuk siri anime lalu. Anda boleh berjumpa Tanjiro dan rakan-rakannya atau berkawan Komi seorang pelajar yang pemalu. Ada juga siri Digimon yang baru. Jom tengok senarai anime musim luruh untuk anda tonton!
Demon Slayer: Entertainment District Arc
Tanjiro dan rakan-rakannya menemani Hashira Tengen Uzui ke daerah hiburan di mana ejen ninja wanita Tengen, mengumpulkan maklumat mengenai demon tiba-tiba menghilang. Untuk menyiasat, Tanjiro dan yang lain menyamar sebagai wanita untuk menyelinap masuk! Ketika mereka menghampiri sasaran mereka, demon telahpun menghampiri penduduk daerah itu!
Komi Can’t Communicate
Ini adalah hari pertama Shouko Komi di Sekolah Menengah Persendirian Itan yang berprestij, dan dia telah naik ke status sebagai Madonna sekolah tersebut. Dengan rambut hitam yang panjang dan penampilan yang tinggi dan anggun, dia menarik perhatian sesiapa sahaja yang menjumpainya. Hanya ada satu masalah, walaupun dia popular, Komi tidak boleh berkomunikasi dengan baik dengan orang sekelilingnya.

Hitohito Tadano adalah budak sekolah menengah biasa. Dengan motto hidupnya “membaca situasi dan pastikan untuk menjauhkan diri dari masalah,” dia dengan cepat mendapati bahawa duduk di sebelah Shouko telah menjadikannya musuh semua orang di kelasnya! Suatu hari, secara tidak sengaja, Hitohito terdengar suara “meow” dari Shouko. Dia berbohong bahawa dia tidak mendengar apa-apa, menyebabkan Shouko melarikan diri. Tetapi sebelum dia dapat melarikan diri, Hitohito menjangka bahawa Shouko tidak dapat bercakap dengan orang lain dengan mudah malah tidak mempunyai seorang kawan pun. Hitohito bertekad untuk menolong Shouko membuat seratus kawan sehingga dia dapat mengatasi masalah komunikasinya.
Mieruko-chan
https://youtu.be/UhvruxhmZdEMiko hanyalah seorang pelajar sekolah menengah biasa tetapi hidupnya menjadi kacau-bilau apabila dia tiba-tiba mula melihat monster yang mengerikan. Walaupun benar-benar ketakutan, Miko meneruskan kehidupan sehariannya, berpura-pura tidak menyedari kengerian yang melingkupinya. Dia harus menahan rasa takut untuk menjaga dirinya dan rakannya Hana dari bahaya. Menggabungkan komedi dan seram, Mieruko-chan menceritakan kisah seorang gadis yang cuba menangani perkara paranormal dengan tidak mengambil peduli terhadapnya.
takt op. Destiny
https://youtu.be/Z77na0_sxcASuatu hari meteorit hitam jatuh di dunia, dan mengubah dunia sepenuhnya. Meteorit itu menghasilkan monster aneh yang dipanggil D2 dan mula berleluasa. D2 dengan pantas melarang semua muzik dari dimainkan kerana itu satu-satunya perkara yang dapat mengatasinya. Tetapi ada beberapa orang yang menentang D2. Mereka adalah wanita muda yang memegang kekuatan muzik yang dipanggil “Musicart.” Wanita muda ini memegang “skor” yang mampu mengalahkan raksasa. Dan akan ada juga Konduktor yang memimpin wanita ini.

Anime ini berlaku di Amerika pada tahun 2047, yang hancur kerana D2. Takt, seorang Konduktor, bekerjasama dengan Musicart bernama Unmei. Takt berharap agar muzik dikembalikan ke dunia, dan Unmei ingin menghancurkan D2. Itulah yang membuatkan mereka pergi ke New York.
Digimon Ghost Game
Anime ini berlangsung “pada masa depan,” di mana khabar angin mengenai sesuatu kejadian aneh yang digelar sebagai “hologram hantu” mula muncul dalam talian. Anime ini memfokus pada Hiro, yang dapat melihat Digimon setelah mengaktifkan “Digivice” yang ditinggalkan oleh ayahnya. Bersama pasangan Digimonnya Gammamon, mereka menyiasat fenomena luar biasa yang sedang berlaku di sekeliling, dan perlahan-lahan melangkah ke dunia Digimon.
Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation 2nd Season
https://youtu.be/AYDYTVb3W70Meskipun dibuli, dihina, dan ditindas sepanjang hidupnya, seorang lelaki berusia 34 tahun masih bernekad untuk mencuba sesuatu yang gagah. Malangnya, ia berakhir dengan kemalangan tragis. Secara tidak sangka, dia hidup semula di dunia lain sebagai Rudeus Greyrat, dan memulakan hidup baru sebagai bayi yang dilahirkan oleh dua ibu bapa yang penyayang.
Bersama memori dan pengetahuan dari kehidupan sebelum, Rudeus dengan cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya. Dengan pemikiran orang dewasa, dia mula menunjukkan bakat yang menakjubkan, lalu mengasah kemahirannya dengan bantuan seorang ahli sihir bernama Roxy Migurdia. Rudeus belajar seni pertempuran pedang dari ayahnya, Paul, dan bertemu Sylphiette, seorang gadis yang kemudian menjadi kawan karibnya. Diberi kehidupan kedua, Rudeus cuba untuk memanfaatkan peluang ini untuk melupakan masa lalunya yang tragis.. dan mungkin suatu hari, akan menemui satu perkara yang tidak pernah ditemuinya iaitu cinta.

Mesti anda tidak sabar lepas lihat senarai anime ni. Bukan biasa-biasa anime musim luruh tahun ni. Anda juga boleh nantikan versi TV untuk Demon Slayer: Mugen Train bulan depan. Untuk membaca liputan kami mengenai anime dan manga, anda boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post