Berikutan dengan GUNDAM Conference Spring 2023, Bandai Namco telah mengumumkan beberapa projek baharu yang bersempadan dengan matlamat utama mereka iaitu “GUNDAM NEXT FUTURE -ROAD To 2025-” termasuk GUNDAM Metaverse dan siri Gundam Build. Mari kita mulakan.
GUNDAM Metaverse

Diumumkan pada tahun lepas, akhirnya mereka telah mengeluarkan beberapa maklumat baharu tentang GUNDAM Metaverse. Kalau anda nak tahu, GUNDAM Metaverse adalah sebuah tempat atau ruang untuk peminat GUNDAM di seluruh dunia berkumpul dan berkomunikasi diantara satu sama lain tidak kira apa pun kandungannya.
Mereka juga telah mengumumkan yang projek ini akan mengadakan ujian bermula bulan Oktober 2023 di mana mereka akan membuka ruangan 3D bernama Gunpla Colony dengan menampilkan beberapa ciri baharu seperti Gunpla EC Shop dan ciri “Gunpla Scanning”. Berikut adalah maklumat lebih terperinci:
Gunpla EC Shop

- Ini merupakan ruang kedai EC untuk peminat membeli Gunpla sebenar.
- Memberikan pengalaman tambahan kepada peminat dengan memaparkan produk dan kandungan yang menarik dalam Metaverse.
Gunpla Scan
- Dengan mengimbas Gunpla yang telah siap dibina, peminat bukan sahaja dapat menikmati sekeping gambar malah sebagai model 3D di dalam Metaverse.
- Projek ini dijayakan dengan kerjasama Sony Group Corporation supaya dapat menghasilkan imbasan yang berkualiti tinggi dan terperinci dengan menggunakan peralatan pengimbasan.
Terjemahan Automatik & Watak AI yang bernama “Mellow”
- Kini mereka sedang membangunkan ciri untuk terjemahan automatik dan penukaran pertuturan ke teks dan teks ke pertuturan supaya para peminat boleh berkomunikasi dengan lancar diantara satu sama lain.
- Watak AI “Mellow” juga sedang dibina bagi membantu mencipta pengalaman yang lebih baik kepada para peminat dan secara tidak langsung membuatkan peminat melawat GUNDAM Metaverse setiap hari.
Siri anime GUNDAM Build

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang terdapat 3 episod spesial yang bertajuk “GUNDAM BUILD Metaverse” akan dikeluarkan pada Oktober 2023 bersempena dengan ulang tahun ke-10 siri GUNDAM Build. Siri ini akan diilhamkan oleh projek GUNDAM Metaverse dengan menampilkan kerjasama istimewa ang hanya boleh dicapai dalam dunia Metaverse.
GUNDAM the Witch from Mercury Season 2

Season 2 Mobile Suit Gundam the Witch from Mercury akan mula ditayangkan di seluruh dunia bermula 9 April 2023. Memandangkan season 2 semakin hampir dan ramai peminat menggemari siri ini, mereka akan menjalankan satu kempen yang akan menampilkan pelbagai kandungan fan-made di media sosial.
Mereka juga akan menyediakan aset di laman web rasmi Gundam the Witch from Mercury untuk mencipta gambar atau video yang memfokuskan kepada siri ini. Para peminat boleh menggunakan aset tersebut dan menyiarkannya di media sosial masing-masing. Klik di sini untuk ke laman web rasmi Mobile Suit Gundam the Witch from Mercury. Nantikan butiran yang lebih terperinci pada masa akan datang.

Banyak juga yang diumumkan dalam GUNDAM Conference Spring 2023 hari ini. Gundam Metaverse memang nampak menarik sangat kalau nak cuba tu. Dapat masuk hari-hari pun syok tu.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post