Berita baik buat sesiapa yang ingin bermain Minecraft bersama kawan-kawan, kerana Mojang Studios sedang menawarkan diskaun besar untuk semua game Minecraft sempena ulang tahun ke-15 siri game itu.
Jualan itu akan berlangsung selama 15 hari bermula 15 Mei hingga 31 Mei 2024, dan termasuk diskaun 50% untuk semua game Minecraft di PC, seperti Minecraft Java dan Bedrock Edition, Minecraft Dungeons dan Minecraft Legends melalui laman web rasmi permainan. Minecraft versi mobile untuk Android dan iOS sebaliknya akan menerima diskaun sebanyak 70%.

Peminat Minecraft seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan game pada harga diskaun, kerana kali terakhir Minecraft Java menerima diskaun adalah semasa Ulang Tahun ke-10 permainan.
Untuk meraikan ulang tahun itu, Minecraft akan mengeluarkan item Character Creator eksklusif baharu yang pemain boleh tuntut secara percuma setiap hari. Item untuk direbut pada hari pertama ialah Cave Game Hoodie, yang melambangkan asal usul permainan tersebut.

Selain itu, semasa tempoh ini, mereka yang menonton mana-mana stream Minecraft di Twitch selama 15 minit akan menerima jubah Purple Heart. Penonton yang menderma sub kepada streamer semasa tempoh ini juga akan mendapat Glitch Mask tambahan.
Pada 18 Mei 2024, pasukan rasmi Minecraft akan membawa perayaan itu ke TikTok, di mana peminat boleh memperoleh jubah bertemakan TikTok yang unik untuk Bedrock Edition dan bingkai profil custom untuk gambar profil TikTok mereka.
Tentang Minecraft

Minecraft ialah game sandbox yang dibangunkan oleh Mojang Studios dan asalnya dikeluarkan pada tahun 2009. Kini, ia telah menjadi permainan video terlaris dalam sejarah, dengan lebih 300 juta salinan terjual dan hampir 140 juta pemain aktif bulanan setakat tahun 2023.
Dalam Minecraft, pemain meneroka dunia tiga dimensi berpiksel yang dijana secara rawak. Pemain boleh menemui dan mengekstrak bahan mentah, alat dan cipta item serta membina struktur, dan mesin. Bergantung pada mode permainan pilihan mereka, pemain boleh melawan musuh raksasa, serta bekerjasama atau bersaing dengan pemain lain di dunia yang sama.

Bukan itu sahaja, komuniti besar Minecraft juga menawarkan pelbagai jenis kandungan yang dibuat oleh pengguna, seperti modifikasi, server, skin, pek tekstur dan peta custom, yang menambah mekanik gameplay dan keseronokan baharu.
@gamersantaimy
Discussion about this post