Nintendo Direct hari ini telah mendedahkan pelbagai kemas kini baharu mengenai game baharu yang akan dilancarkan nanti di Nintendo Switch. Banyak juga game Mario yang telah diumumkan semasa livestream tadi. Jadi tanpa membuang masa, jom kita lihat segala pengumuman baharu mengenai game Mario semasa Direct tadi!

Mario vs. Donkey Kong
Setelah lama menunggu, akhirnya Nintendo membawa semula Mario vs Kong dengan rupa baharu! Beberapa gameplay daripada versi GBA dapat dilihat dalam trailer baru game ini. Bukan setakat itu sahaja, terdapat mode co-op yang membolehkan anda untuk menikmatinya bersama pemain lain. Mario vs Kong dijadualkan untuk lancar 16 Februari 2024.
New Super Mario RPG
Trailer baharu untuk Super Mario RPG telah pun dilepaskan. Game ini akan dilancarkan pada 17 November 2023 dan pra-tempah sudah tersedia! Selepas 27 tahun menyepi, game ini kembali untuk berjumpa dengan pemain lama dan pemain baru!
Princess Peach: Showtime
Diacah semasa Mario Direct, game baharu Princess Peach telah pun diumumkan secara rasmi! Bertajuk Princess Peach: Showtime!, game ini akan dilancarkan pada 22 Mac 2024. Dalam trailer baharu, kita telah melihat Peach boleh berubah pakaian seperti Kung Fu Peach, Detective Peach dan Swordfighter Peach. Kesemua pakaian tersebut memberikan puteri tersebut pelbagai kebolehan. Dia juga tidak berseorangan kerana Stella, penjaga Sparkle Theatre akan membantunya.
Luigi’s Mansion 2 HD
Versi baharu Luigi’s Mansion 2 akan dilancarkan pada musim panas 2024 (Ogos – September). Kembali ke Evershade Valley, Luigi dan vakuumnya Poltergust akan menyelamatkan hari! Anda boleh bermain sehingga 4 pemain bersama secara lokal atau dalam talian.
Paper Mario: The Thousand-Year Door
Akan dilancarkan pada 2024, game ini merupakan versi remaster untuk Paper Mario yang dilancarkan pada 2004. Versi baharu ini memaparkan grafik yang telah diperbaharui! Anda boleh tonton trailer game di bawah.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Mario daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post