Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sembang Attack on Titan, Jujutsu Kaisen & Projek Anime Baharu — Sorotan Panel MAPPA di AFA 2023!

Maira by Maira
November 27, 2023
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Sembang Attack on Titan, Jujutsu Kaisen & Projek Anime Baharu — Sorotan Panel MAPPA di AFA 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa panel MAPPA di AFA 2023, kita diperkenalkan dengan Producer dan Pengarah AOT Final Season iaitu Makoto Kimura dan Yuichiro Hayashi dan tidak dilupakan juga Pengarah kepada filem Maboroshi, Mari Okada. Untuk panel pendek ini, empat anime yang akan dibualkan iaitu Jujutsu Kaisen, anime original MAPPA Bucchigiri, Attack on Titan the Final Season dan filem anime, Maboroshi. Jadi tanpa membuang masa, jom kami ceritakan sedikit sorotan untuk panel tersebut!

Sumber: Anime Festival Asia

Jujutsu Kaisen

Panel bermula dengan siri Jujutsu Kaisen bersama Producer MAPPA, Makoto Kimura. Dia berterima kasih kepada pengunjung yang hadir ke panel tersebut dan berasa gembira untuk bertemu mereka. Untuk tahun ini, MAPPA sangat sibuk dengan pelbagai perkara antaranya jelajah dunia dan juga siri seperti Jigoraku, Jujutsu Kaisen, Attack on Titan dan juga filem maboroshi yang akan menemui peminat global pada 2024.

Semasa video terbaharu Jujutsu Kaisen ditayangkan, ramai penonton yang mula bersorak setiap kali Nanami muncul. Melihat keterujaan pengunjung, Kimura mula menceritakan sedikit mengenai Jujutsu Kaisen Season 2, di mana pada permulaannya kita melihat persahabatan antara Gojo dan Geto. Kini Shibuya arc sedang ditayangkan. Dia berkata bahawa dia boleh rasakan keterujaan peminat dan berterima kasih dengan maklum balas penonton terhadapnya.

Bukan setakat itu sahaja, producer itu juga mengongsikan babak kegemarannya dalam Jujutsu Kaisen, di mana Toji dan Megumi berlawan antara satu sama lain. Katanya semua artis memberikan persembahan terbaik untuknya.

Sumber: MAPPA

Attack on Titan

Tidak dinafikan bahawa ia mengambil masa yang lama untuk siri anime popular ini untuk tamat. Yuichiro Hayashi, pengarah anime itu mengongsikan bahawa mereka akhirnya dalam berehat setelah lama mengerjakan anime itu. Hayashi berkongsi bahawa dia sangat lega apabilanya ianya berakhir. Dia tidak lagi perlu untuk bercerita tentang spoiler dan bercerita apa sahaja yang dia mahukan. Dia juga gembira apabila boleh menarik nafas lega selepas penamat siri itu.

Apabila ditanya mengenai penglibatan Isayama-sensei untuk anime, Hayashi memberitahu bahawa mangaka itu ada memberikan banyak input terhadapnya, dengna pelbagai perubahan yang perlu dilakukan. Walaupun begitu, dia mampu menghasilkannya dengan baik seperti yang mangaka itu inginkan. Rupa-rupanya Isayama-sensei sangat sangat suka pada babak bayi dalam manga. Jadi dia ingin hasilkannya dalam anime dengan sempurna yang boleh. Jadi, ia betul-betul menjadikan episod akhir pengalaman yang lebih lengkap dan memuaskan untuk penonton. Hayashi juga merasakan cerita episod akhir adalah sempurna.

Sumber: MAPPA

Melihat temu ramah Attack on Titan After Party, terdapat lebih 2600 papan cerita yang dilukis. Apabila bertanya mengenai proses kreatif tersebut, Hayashi menjawab bahawa setiap babak adalah penting untuk anime. Untuk anime biasa, terdapat babak yang dirasakan tidak sesuai untuk tempoh masa yang singkat. Tetapi mereka rasakan setiap potongan tersebut penting untuk anime tersebut. Sebab itu kerja mereka sukar tetapi hasilnya sangat baik pada skrin. Kimura menambah bahawa ianya sukar untuk membawa anime itu. Amat sukar untuk menghalang mereka tetapi pengarah berdegil untuk masukkan segala-galanya dalam anime tetapi dia gembira ianya berjaya pada akhirnya.

Apabila diminta untuk kongsikan reaksi peminat di dalam dan luar Jepun, Hayashi memberitahu bahawa ia merupakan sebuah perjalanan yang panjang dan melihat ramai peminat di seluruh dunia menyukai siri itu walaupun ia sudah tamat. Perasaan tersebut akan terus kekal selama-lamanya. Dia berharap peminat terus menyukainya sampai bila-bila.

Sumber: MAPPA

Bucchigiri & Maboroshi

Selepas itu kita mendapat beberapa pendedahan baharu mengenai siri dan filem original MAPPA iaitu Bucchigiri?! dan maboroshi. Siri Bucchigiri?! akan ditayangkan pada Januari 2024. Teaser baharu serta visual juga sudah didedahkan.

Pengarah anime, Mari Okada turut menceritakan serba sedikit mengenai filem baharunya, maboroshi. Trailer filem telah ditayangkan buat pertama kali di AFA dan ia akan hadir ke Netflix pada 15 Januari 2024.

Mesej kepada pengunjung

Sudah sampai ke penamatnya, panel MAPPA diakhiri dengan mesej-mesej oleh Makoto Kimura, Yuichiro Hayashi dan Mari Okada. Berikut adalah mesej mereka yang telah diterjemah:

Otsuka-san tidak dapat hadir hari ini tetapi dia melakukan yang terbaik untuk membuat versi terbaik Jujutsu Kaisen untuk anda semua serta banyak anime yang akan datang. Jadi kami tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada anda anime yang lebih hebat dan kami juga tidak sabar-sabar untuk berjumpa dengan anda pada masa hadapan. Terima kasih kerana hadir ke pentas hari ini.

Makoto Kimura

Saya sangat sangat sibuk, saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengambil cuti, tetapi cukup untuk melihat Singapura, saya sangat menyukai Singapura, dan melihat senyuman pada semua wajah, benar-benar membuatkan saya gembira kerana saya akhirnya di sini. Untuk melihat semua wajah gembira, ia benar-benar memberi saya nafas lega, walaupun saya sudah mempunyai kerja untuk anime baharu yang akan datang. Terima kasih banyak kerana datang hari ini.

Yuichiro Hayashi

Untuk melihat sebahagian daripada anda yang sebenarnya datang 12 tahun yang lalu, dan bagi anda yang akan datang hari ini, saya sangat gembira melihat anda semua datang hari ini. Saya mendapat tenaga yang cukup daripada anda semua. Saya harap anda semua menantikan anime apabila ia disiarkan di Netflix tahun depan, terima kasih banyak-banyak.

Mari Okada

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Anda boleh ikuti akaun X rasmi MAPPA untuk dapatkan maklumat terkini tentang projek anime mereka! Untuk baca liputan lain mengenai Anime Festival Asia 2023, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AFA 2023AFASG 2023ANIME FESTIVAL ASIAAnime Festival Asia 2023MAPPA
ShareTweetSend
Previous Post

Bukan lagi 2023, Anime Chained Soldier Akan Ditayangkan Pada Awal Januari 2024

Next Post

Malaysia ialah “Negara Ke-8 Paling Suka Anime di Dunia”, Menurut Kajian

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Malaysia ialah “Negara Ke-8 Paling Suka Anime di Dunia”, Menurut Kajian

Malaysia ialah "Negara Ke-8 Paling Suka Anime di Dunia", Menurut Kajian

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd