Kejohanan Wild Rift Champion MY/SG telah berlangsung sejak bulan Februari lalu, banyak pasukan yang telah berentap berhabis-habisan untuk menjuarai dan layak ke Wild Rift Champion SEA (WCS) Final yang hanya mempunyai 1 slot sahaja untuk Malaysia dan Singapura.

Dengan mengalahkan pasukan Phantom6 dan juga RSG di pusingan kalah mati dan mara ke pusingan akhir. SEM9 sekali lagi berhadapan dengan pasukan RSG lalu menundukkan pasukan lawan dengan mata 4-1. Ini membolehkan SEM9 dinobatkan sebagai juara dalam kejohanan Wild Rift Champion MY/SG dan secara langsung akan mewakili Malaysia dan juga Singapura.
Untuk saingan di WCS Final, banyak pasukan yang telah layak untuk mewakili negara masing-masing. Berikut adalah pasukan-pasukan yang akan ke kejohanan WCS Final:
- Masters: Flash Wolves, ONE team
- Indonesia: Persis Esports
- Malaysia/Singapura: SEM9
- Oceania: Smash Logic Gaming
- Filipina: FENNEL Adversity, Rex Regum Qeon
- Thailand: EVOS Esports, Buriram United Esports
- Vietnam: Team Flash, Cerberus Esports
WCS Final ialah sebuah kejohanan di rantau Asia Tenggara yang dianjurkan oleh Riot Games dan bermula dari 23 April hingga 8 Mei 2022.

WCS SEA akan berlangsung dengan tiga pusingan iaitu pusingan Play-in, Playoff dan Akhir. Berikut adalah jadual untuk ketiga-tiga peringkat:
- Pusingan Play-in: 23 April -24 April 2022
- Pusingan Play-off: 26 April – 27 April, 29 April – 1 Mei dan 6 Mei-7 Mei 2022
- Pusingan Akhir: 8 Mei 2022
Daripada kejohanan WCS SEA ini, terdapat empat pasukan yang akan layak ke Icons Global Championship dan hadiah terkumpul berjumlah $200,000 akan menanti pemain. Kepada yang berminat untuk menonton kejohanan ini, korang boleh ikuti Twitch dan Facebook Wild Rift.
Selamat maju jaya kepada SEM9 yang akan mewakili negara dalam Wild Rift Champions SEA Final dan majulah e-sukan untuk negara! Untuk mendapatkan liputan lain daripada kami mengenai e-sukan, sila klik pautan ini.
Sumber: Aksiz
@gamersantaimy
Discussion about this post