Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas trending, laman “faceplate” tidak rasmi PS5 kini disaman oleh Sony!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 2, 2020
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Selepas trending, laman “faceplate” tidak rasmi PS5 kini disaman oleh Sony!
Share on FacebookShare on Twitter

Ada kemungkinan besar anda pernah melihat berita kami bahawa faceplate tidak rasmi PlayStation 5 sudah mula dijual dalam pelbagai secara pra-pesanan. Salah satunya bernama “PlateStation5.com“, tetapi bagi sesiapa yang ingin cuba membelinya, saya ada beberapa berita buruk. Selepas menukar nama kepada “CustomizeMyPlates.com“, laman itu dilaporkan telah mula membatalkan pesanan dengan alasan ancaman undang-undang daripada Sony sekiranya terus menjual atau menyebarkannya.

“Sebelum pelancaran, kami melakukan kajian yang wajar dan berpendapat bahawa kerana Sony hanya mempunyai paten yang tertunda di faceplate, maka tidak akan ada masalah. Tetapi setelah hanya sehari laman web kami hidup, peguam Sony meminta kami untuk menukar nama (pada masa itu PlateStation5), kerana pelanggaran tanda dagangan. Kami fikir peralihan ini sudah cukup untuk membuat semua orang gembira, dan jujur ​​berharap demikian kerana kami sudah mula dengan pengembangan produk.” -kata CustomizeMyPlates.com kepada VGC melalui e-mel.

Malangnya, ia tidak cukup, dan Sony dilaporkan masih tegas bahawa faceplate ini adalah harta intelek mereka. Menurut CustomizeMyPlates.com, mereka diberitahu bahawa jika syarikat memilih untuk teruskan menjualnya, masalah ini akan berakhir di makhamah. Oleh itu, CustomizeMyPlates.com telah berhenti kegiatan tersebut. Sebaliknya, syarikat akan menawarkan skin untuk konsol next-gen sebagai produk pihak ketiga.

PlayStation 5 akan dilancarkan pada 12 November di Amerika Syarikat dan 19 November di seluruh dunia, dengan versi yang mengandungi pemacu cakera dan versi digital. Pra-pesanan untuk PlayStation 5 sebenarnya sudah mula, tetapi bukan untuk Malaysia. Kita hanya mampu menunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Sony dalam masa terdekat. Anda boleh melihat semua liputan kami tentang PS5 di sini.

Sumber – VGC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: faceplateplaystation 5ps5Sony
Previous Post

Vampire: The Masquerade akan jadi Battle Royale?! Akan datang tahun depan!

Next Post

Figurin Resident Evil 2 Remake Leon dan Claire diumumkan & berharga dalam RM5605!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Figurin Resident Evil 2 Remake Leon dan Claire diumumkan & berharga dalam RM5605!

Figurin Resident Evil 2 Remake Leon dan Claire diumumkan & berharga dalam RM5605!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd