Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas lama diumumkan, akhirnya produksi untuk LIVE ACTION ONE PIECE dimulakan!

Maira by Maira
February 3, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Selepas lama diumumkan, akhirnya produksi untuk LIVE ACTION ONE PIECE dimulakan!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun sudah lama projek ini diumumkan, tetapi siri live action One Piece oleh Netflix akhirnya telah memulakan produksinya. Perkara ini telah disahkan melalui Twitter Netlifx yang menunjukkan barisan pelakon yang telah dumumkan iaitu Emily Rudd (Nami), Jacob Romero Gibson (Usopp), Iñaki Godoy (Monkey D. Luffy), dan Taz Skylar (Sanji) berjalan di sekitar bandar. Tweet kedua mendedahkan kerusi untuk Nami serta showrunner, Steven Maeda dan Matt Owens.

ONE PIECE is officially in production the road for Luffy to become the Pirate King has just begun pic.twitter.com/n2CzadWXh7

— Netflix Geeked (@NetflixGeeked) February 1, 2022

Satu-satunya orang yang tidak digambarkan ialah Mackenyu, yang akan memainkan watak Roronoa Zoro dalam rancangan itu. Mungkin dia sedang melakukan kerja lain semasa ahli lain Straw Hat berjalan di sekitar bandar tersebut. Tiada maklumat dimana mereka akan menjalani penggambaran tetapi, ada yang mengatakan bahawa ia dilakukan di Afrika. Tweet oleh Steven Maeda juga ada menunjukkan petunjuk bahawa mereka sememangnya berada di sana dan produksi telah bermula pada 30 Januari lalu.

Projek live action One Piece ini telah diberi lampu hijau pada tahun 2017, terima kasih pada perjanjian dengan mangaka, Eiichiro Oda. Selepas itu, Matt Owens menandatangani kontrak sebagai penulis untuk siri ini dan Maeda pula bersetuju untuk menghasilkannya. Skrip untuk siri live action ini telah disiapkan pada September 2021. Dengan bermulanya produksi ini, mungkin kita akan dapat melihat siri One Piece ini tidak lama lagi.

live action one piece

Ramai yang ragu-ragu mengenai siri ini setelah kekecewaan yang diterima melalui live action Cowboy Bebop. Filem Death Note yang ditayangkan dahulu juga kurang mendapat perhatian peminat tetapi ia masih lagi mendapat sekuel untuknya berbanding Cowboy Bebop yang dibatalkan. Tetapi selagi treler tidak ditunjukkan, kita janganlah bersangka buruk sangat kerana siri lain. Mana tahu jika siri ini diadaptasikan dengan baik.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri live action One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.

Sumber: Thegamer

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Live Action Series One Piecenetflixone piece
Previous Post

Ghostwire: Tokyo akan dilancarkan 25 Mac 2022! Nantikan showcase khas mengenainya!

Next Post

Apex Legends Mobile akan “soft launch” di Malaysia tidak lama lagi

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Apex Legends Mobile akan “soft launch” di Malaysia tidak lama lagi

Apex Legends Mobile akan "soft launch" di Malaysia tidak lama lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd