Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 11 tahun, manga Attack on Titan rasmi akan tamat pada 9 April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 5, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Selepas 11 tahun, manga Attack on Titan rasmi akan tamat pada 9 April!
Share on FacebookShare on Twitter

Attack on Titan akhirnya telah mengesahkan bila manga akan tamat! Selepas tarikh pelepasan untuk jilid terakhir dilaporkan akan keluar pada musim panas ini, ramai peminat bertanya;  “Bila bab terakhir manga akan keluar?”. Pencipta, Hajime Isayama, sebelum ini pernah menceritakan bahawa siri sudah 98% siap pada bulan November lalu, jadi ia tidak mengejutkan apabila para peminat tanya berapa banyak bab yang masih ada untuk siri ini. Nampaknya kita tidak perlu risau lagi kerana AoT sudah mendedahkan tarikh rasmi.

Attack on Titan mengumumkan bahawa bab terakhir manga akan dikeluarkan pada 9 April di majalah Bessatsu Shonen Kodansha. Ini bermakna jilid ke-34 (terakhir) akan keluar di Jepun pada 9 Jun. Mereka mengumumkan berita ini dengan visual baru di Youtube:

Bersama dengan pengesahan ini, Hajime Isayama juga berkongsi komennya tentang penamat siri dengan Comic Natalie:

“Saya telah mengatakan selama lapan tahun terakhir bahawa saya akan menyelesaikan [Attack on Titan] dalam tiga tahun, dan akhirnya, nampaknya ia akan selesai, ”

Sudah sekian lama, tapi saya harap awak tetap bersama saya hingga ke penamat. Pasukan editorial tidak pernah menggesa saya untuk menyelesaikan siri ini, tetapi saya selalu ditanya ‘bila ia akan berakhir?”

Terima kasih kerana menunggu saya. Saya akan melakukan yang terbaik sehingga mukasurat terakhir supaya anda merasa puas dengan apa yang anda baca.”

Attack on Titan kini disahkan akan berakhir pada bulan April, tetapi ia juga menimbulkan beberapa soalan tentang bagaimana musim terakhir anime akan tamat memandangkan ia hanya mempunyai 16 episod. Apa pendapat anda? Terkejut untuk tahu tarikh penamat manga? Beri tahu pendapat anda dalam ruang komen sekarang!

Sumber – Comic Natalie

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanHajime Isayamamangatamat
Previous Post

ONE PIECE tetap menjadi kegemaran~ 150 ribu peminat pilih 100 Manga Terbaik di Jepun!

Next Post

Imej Filem Uncharted Baru tampilkan misteri dan rahsia pengembaraan Nathan Drake

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Imej Filem Uncharted Baru tampilkan misteri dan rahsia pengembaraan Nathan Drake

Imej Filem Uncharted Baru tampilkan misteri dan rahsia pengembaraan Nathan Drake

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd