Akhir sekali dilihat pada tahun 2012, Lollipop Chainsaw secara rasmi akan mendapat remake menurut pengumuman oleh pemaju Dragami Games.
Asalnya dicipta oleh Goichi Suda atau lebih dikenali sebagai “Suda51”, projek remake ini pertama kali didedahkan pada bulan lepas oleh Yoshimi Yasuda, bekas CEO Kadokawa Games dan penerbit eksekutif kepada game original Lollipop Chainsaw. Akhirnya kita mendapat tahu bahawa Lollipop Chainsaw akan mendapat remake sepenuhnya daripada atas ke bawah dan bakal dikeluarkan pada tahun 2023.

“Kami, kakitangan pembangunan asal untuk Lollipop Chainsaw, menganggap game itu sangat berharga kepada kami, dan tidak mahu membiarkannya dalam keadaan tidak menentu, di mana pemain yang ingin bermain tetapi tidak boleh.”
“Oleh itu, kami membeli harta intelek Lollipop Chainsaw daripada Kadokawa Games, dan memutuskan untuk menghasilkan remake.”
Kata Yoshimi Yasuda, penerbit eksekutif untuk Lollipop Chainsaw.

Korang boleh melihat kenyataan penuh daripada Yoshimi Yasuda, yang dikongsi melalui Twitter di bawah:
Walaupun remake ini dibuat oleh ramai kakitangan dan pemaju daripada game original, ia masih akan menerapkan beberapa perubahan pada arah tertentu. Dalam kenyataan di atas, mereka memberitahu bahawa grafik akan menerima “dibuat balik sepenuhnya”. Sebagai contoh, “pendekatan yang lebih realistik” akan diterapkan.
Selain itu, sebahagain besar soundtrack juga akan merangkumi lagu baru kerana versi original hanya mempunyai 15 lagu berlesen. Mengikut kefahaman saya, proses untuk melesenkan semua lagu lama amat sukar, kadi kebanyakannya tidak akan muncul dalam versi remake.
Buat masa ini, remake Lollipop Chainsaw ditetapkan akan keluar pada tahun 2023. Malangnya, platform dan tarikh keluaran rasmi tidak diumumkan setakat ini, tetapi ramai menjangka ia akan keluar di konsol next-gen seperti PS5 dan Xbox Series, versi PC masih tidak diketahui.

Lollipop Chainsaw original asalnya dikeluarkan di PS3 dan Xbox 360 dan menjadi terkenal kerana dihasilkan dengan kerjasama Suda51 dan James Gunn (Guardians of the Galaxy, Suicide Squad). Game hack-n-slash ini menampilkan Juliet Starling sebagai protagonis, di mana pemain harus mengawal dia dan melawan zombie di sebuah sekolah menengah fiksyen di California .
Untuk segala liputan kami tentang game, anime dan teknologi, sila layari laman utama Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post