Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[SGF 2022] Sekuel seram ‘Layers of Fears’ akan datang menghantui pada 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, PS5, Seram, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[SGF 2022] Sekuel seram ‘Layers of Fears’ akan datang menghantui pada 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas memberi teaser demi teaser sejak beberapa minggu lepas, Bloober Team hari ini mengumumkan di acara Summer Game Fest bahawa projek mereka yang seterusnya adalah Layers of Fears, sebuah game seram psikologi yang dibina berdasarkan pendahulunya, Layers of Fear. Walaupun tiada tarikh rasmi, tetapi game ini akan dilancarkan pada tahun 2023.

Walaupun nama seakan-akan sama dengan game pertama, Layers of Fears sebenarnya ialah “kompilasi” yang dikemas kini dan diperluas berdasarkan entri pertama Layers of Fear, DLC ‘Inheritance’ dan sekuel Layers of Fear 2. Bloober Team berkata bahawa projek baharu ini akan meningkatkan “pengalaman psychedelic yang disukai oleh peminat” daripada game sebelumnya dengan jalan cerita dan gameplay yang dikembangkan – semuanya dibina semula sepenuhnya menggunakan Unreal Engine 5.

“Kami akan membawa kembali francais yang benar-benar istimewa [untuk pasukan], dalam bentuk baru yang akan memberikan pengalaman gaming yang benar-benar segar kepada pemain dan akan memberi penerangan baru tentang keseluruhan jalan cerita.”

“Rancangan kami adalah untuk mencipta semula semua game itu, tetapi kami tidak mahu menjadikannya koleksi ringkas tentang dua game remaster. Kami telah mencuba pendekatan baru, sesuatu yang mungkin belum jelas. Tetapi saya boleh memberitahu anda ada sebab mengapa kami memanggilnya Layers of Fears.”

kata Ketua Pegawai Eksekutif Bloober Team, Piotr Babieno.

Saya tidak pasti jika ini yang diharapkan oleh peminat semua, tetapi Layers of Fear boleh menjadi cara yang baik untuk pemain baru yang baru bermain siri ini buat kali pertama. Bukan itu sahaja, grafik Unreal Engine 5 yang dipamerkan dalam trailer benar-benar menunjukkan ini adalah upgrade berbanding game original, jadi pemain lama pun boleh mengalami siri dalam cara yang lebih imersif.

Layers of Fears dijangka akan keluar pada tahun 2023 di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games.

Untuk segala liputan kami tentang game yang diumumkan semasa Summer Game Fest, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Layers of FearsSeram
Previous Post

[SGF 2022] Witchfire menampilkan dunia fantasi perang melawan ahli sihir jahat

Next Post

Ejen Ali Musim 3 akan ditayangkan pada 25 Jun di Disney+ Hotstar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Ejen Ali Musim 3 akan ditayangkan pada 25 Jun di Disney+ Hotstar!

Ejen Ali Musim 3 akan ditayangkan pada 25 Jun di Disney+ Hotstar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd