Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel anime Shaman King diumumkan, memaparkan generasi baru Shaman!

Maira by Maira
April 22, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Sekuel anime Shaman King diumumkan, memaparkan generasi baru Shaman!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime Shaman King baru sahaja tamat dengan episod 52 ditayangkan di Jepun semalam. Anime tersebut merupakan adaptasi terbaru yang menghidupkan semula penceritaan sama seperti manga berbeza dengan versi anime pada tahun 2001. Nampaknya, peminat tidak dapat meninggalkan francais ini, kerana sekuel untuk Shaman King telah pun diumumkan! Anda boleh menonton video teaser dibawah.

Sekuel tersebut akan menceritakan pengembaraan Hana, anak kepada Asakura Yoh dan Anna. Selain daripada video teaser yang dikeluarkan, dua visual terbaru turut didedahkan mempamerkan watak-watak Shaman King serta versi dewasa mereka. Untuk pengetahuan anda, manga Shaman King mempunyai dua siri yang memaparkan Hana iaitu Shaman King: Flowers dan Shaman King: The Super Star. Buat sementara ini, masih tidak diketahui versi mana yang akan diadaptasi untuk sekuel Shaman King, jadi kita tunggu sahaja pengumuman lanjut mengenainya.

【🔥“ありがとう”ビジュアル公開🔥】

最終回を迎えた #SHAMANKING から2つの姿が描かれた“ありがとう”ビジュアルを公開❗️

葉とハオを中心にシャーマンキングの座を争っていた当時の姿と、そこから“7年後”の成長した姿。

そして花の姿も… pic.twitter.com/QMvsFci7ZB

— 『SHAMAN KING FLOWERS』TVアニメ公式|Blu-ray BOX 4/24発売 (@SHAMANKING_PR) April 21, 2022

Shaman King dicipta pada tahun 1998 oleh Hiroyuki Takei, dan manga ini berterusan di Weekly Shonen Jump sehingga tahun 2004. Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Sebuah pertarungan akan bermula di Tokyo. Dinamakan Shaman Fight, ia adalah pertandingan yang diadakan setiap 500 tahun di mana Shaman- individu yang boleh mengawal roh – akan bertarung. Pemenang pertandingan ini akan menjadi Shaman King dan merupakan satu-satunya individu yang mampu menghubungi dan mengawal Great Spirit. Ini membolehkan individu tersebut untuk membentuk semula dunia mengikut kehendak dia melalui kuasa Great Spirit.”

“Semasa berjalan pada waktu malam, Manta Oyamada bertemu dengan rakan sekelasnya, Yoh Asakura, yang mengajaknya melihat bintang dengan beberapa rakan lain. Manta terkejut apabila melihat yang rakan-rakan itu sebenarnya adalah hantu! Manta mempunyai “sixth sense” di mana dia boleh melihat roh-roh ini lalu terpikat dengan Yoh. Oleh itu, apabila Yoh mengetahui bahawa Manta telah dipukul oleh gengster tempatan, dia memilih untuk membalas dendam dengan bantuan seorang hantu samurai, Amidamaru!”

Netflix masih belum kemas kini untuk episod baru anime ini, jadi anda terpaksa tunggu untuk menonton episod akhir Shaman King. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: sekuelShaman King
Previous Post

COD Warzone: Operation Monarch tiba bersama Godzilla dan King Kong pada 11 Mei!

Next Post

F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC

F1 2022 dilancarkan pada 1 Julai untuk konsol utama dan PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd