Wohoooo~ tinggal beberapa hari lagi sebelum God of War baru dikeluarkan di PlayStation 4. Walaupun aku tahu, yang God of War sekarang takde kena mengena dengan yang lama, tapi, sebelum kita mulakan perjalanan kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kratos dan juga Atreus, apa kata, aku bawak korang cerita tentang apa yang dah jadi dekat Kratos, dari semua siri game God of War. Nak tahu, jom baca.
Untuk siri pertama,dari apa yang aku ingat, ceritanya berkisarkan dendam kratos terhadapa Ares, yang merupakan God of War pada masa itu. Zeus diberitahu nyawa dia akan habis pada salah seorang anak dia, yang dipanggil sebagai ‘ The Marked Warrior ‘, yang sebenarnya, Deimos, adik kepada Kratos.
Ares dihantar untuk hapuskan ancaman tersebut, masa Ares amek Deimos tu, Kratos cuba halang, tapi tak berjaya dan meninggalkan parut pada mata kanan Kratos. Cubaan membunuh oleh Ares terhadap Kratos di halang oleh Athena yang merupakan ‘ Goddess of War ‘ pada masa itu.
Setelah gagal, Kratos berjanji tidak akan gagal lagi dan melukis tatu yang sama ada pada badan Deimos (Deimos tu tanda lahir, Kratos tatu). Kratos makin kuat, dan jadi ketua kepada kumpulan Sparta. Berkahwin dengan Lysandra, dan mempunyai anak perempuan, Calliope. Tapi, sayangnya, anak tu sakit, dan sepatutnya dibuang. Kratos pulak, dapat tahu yang penyakit itu boleh disembuh dengan adanye ‘ Ambrosia ‘. Dan dan tu pulak, geng-geng tuhan ni, buat pertandingan sampai mati, if siapa menang, akan dapat Ambrosia tersebut.
Setiap tuhan boleh memilih pahlawan mereka, dan Kratos dipilih oleh Ares. Dah lawan habis semua pahlawan pilihan tuhan lain, Kratos di paksa berlawan dengan perlawanan epik di antara Kratos dan askarnya, dan juga Barbarian, termasuk ketuanya, Ulric. Akhirnya, Kratos berjaya dapatkan Ambrosia, dan sembuhkan anaknya.
Setelah berjaya, God of Spartan menaikkan pangkat Kratos kepada Kapten. dan sebagai Kapten, dah banyak perang yang dimenangi oleh Kratos dan puaknya. Dan tiba masanya lagi sekali, Kratos berlawan dengan Barbarian, dan ketuanya, Ulric, menyalahkan Kratos atas kematian bapanya. Semasa perlawanan, Kratos kalah, nyawa dihujung tanduk dan menyeru Ares untuk selamatkan Kratos. Bayaranya, adalah hidup Kratos sendiri.
Sebagai tanda yang Kratos dibawah naungan Ares, Kratos diberikan ‘ Chaos Blade ‘. Selepas itu, satu hari, Kratos di suruh untuk menyerang salah satu kuil Athena, sebab Ares jealous dengan Athena. Tengah seronok membunuh, Kratos terbunuh isterinya dan anak perempuan dia. Padahal, Ares memang dah rancang, sebab nak hilangkan sifat keperimanusiaan Kratos. Kratos disumpah dengan memakai abu isteri dan anaknya. Disebabkan itu, Kratos mungkir janji dan berdendam dengan Ares.
Mencari jalan macam mana nak bunuh Ares, Kratos tahu tentang pandora box. Pandora Box dikatakan mempunyai kuasa yang boleh membunuh tuhan. Jadi, Kratos mencari, dan mencari, bila dah jumpa, tengok-tengok pandora box tu, dah berada di tangan Ares. Kratos cuba jugak, dan berjaya mendapatkan Pandora Box. Bile dah dapat, bukak, tetiba Kratos jadi besar, dan berlawan dengan Ares.
Ares berjaya ditumpaskan, dan meletakkan kekosongan pada takhta God of War. Kratos panjat tempat paling tinggi, untuk membunuh diri dan cuba hilangkan mimpi ngeri dia (pasal isteri dengan anak perempuan dia), bile dah terjun tu, tetiba athena angkat dia balik dan jadikan Kratos sebagai God of war yang baru.
Tak lama pon Kratos jadi God of War, kejap je. Lepastu, dia dibunuh oleh Zeus sebab ingkar arahan. Masa on the way ke Underworld, Kratos diselamatkan oleh Gaia, salah satu titan yang pernah besarkan Zeus dulu. Gaia ni pon, bagi cadangan untuk mencari sisters of fate, dan ulang kembali masa.
Dalam perjalanan Kratos mencari sister of fates tu, Atlas bagitahu apa niat sebenar Gaia. Dia nak musnahkan Olympus ! dan juga, sebenarnya, Zeus lemah dengan Blade of Olympus ( Pedang yang Kratos pakai nak bunuh Colossus of Rhodes tu) . Sesampainya Kratos di tempat Sisters of Fate tu, malangnya, mereka tak nak tolong, dah lah tak nak tolong, diaorang cuba untuk kebelkang kan kembali masa, dan buat Kratos kalah kepada Ares. Dan, biasalah Kratos pun bunuh ketiga-tiga sisters of fate tersebut. Bila Kratos berjaya mengawal Loom of Fates ( Kuasa untuk kembali ke masa lampau dan mengubah takdir).
Kratos kembalikan masa bile Zeus cuba untuk membunuh, dengan Full Power, Kratos hampir berjaya mengalahkan Zeus. Tetapi, dihalang oleh Athena dan Athena terbunuh! Athena menyebut yang Kratos sebenarnya anak Zeus! Akhir sekali, Kratos kembali pada zaman titan masih lagi berkeliaran, menjadikan titan sebagai sekutu dan cuba untuk memanjat Mount Olympus untuk membunuh Zeus.
Dalam God of War III, semasa Kratos, Gaia dan titan lain memanjat Mount of Olympus, mereka dihalang oleh Poseidon! tetapi, dengan bantuan Gaia, Poseidon ditumpaskan. Dah tu, muncul pulak Zeus dan halau kesemua titan yang sedang memanjat Mount Olympus. Time ni, Gaia tunjukkan siapa diri dia sebenar, jahat nak mati. Dibiarnya Kratos jatuh ke Underworld lagi sekali. Kat sana, dia berjumpa dan bercakap dengan Spirit of Athena.
Athena mengaku yang dia salah tentang Zeus. Untuk menyelamatkan manusia, Kratos kene jatuhkan kerajaan Olympus. Untuk berbuat demikian, Kratos kene hapuskan Flamee of Olympus merupakan api mistik yang dikuasakan oleh Pandora Box itu sendiri. Dan hanya Pandora sendiri yang boleh memadamnya.
Setelah beberapa perlawanan dengan tuhan-tuhan yang lain, akhirnya, Kratos berjaya sampai ke Flame of Olympus, dengan Pandora di dalam tangan Kratos. Zeus cuba menghalang,tapi terlambat, Pandora sendiri mengorbankan dirinya. Waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba, Kratos berlawan dengan Zeus, perlawan terakhir, tetapi diganggu oleh Gaia, Kratos tidak mengalah, membunuh kedua-dua Zeus dan juga Gaia.
Setelah berjaya kalahkan Zeus, Kratos bercakap dengan Spirit of Athena buat kali terakhir, mengambil Blade of Olympus, dan menikam diri Kratosnya sendiri. Kratos mati? tidak, setelah itu, Kratos tidak dijumpai lagi. Dan sekarang, God of War baru akan memberitahu kita, kemana Kratos pergi, dan apa yang dilakukannya.
@gamersantaimy
Discussion about this post