Minggu lepas, kitaorang dijemput untuk hadir ke God of War Preview Event dari SIES ( Sony Interactive Entertainment Hong Kong Limited Singapore Branch ) di Singapore yang mendapatkan kitaorang untuk melihat dengan lebih dekat versi PlayStation 4 PRO Edisi Terhad dan juga God of War Collector’s Edition disamping itu, kitaorang sempat menemu ramah bersama Senior Community Strategist dari Santa Monica Studio, Aaron Kaufman. Kami juga disambut dengan props dari God of War, paparan seni dan Eksklusif 1 Jam pratonton game tersebut dimana kami diberi peluang untuk bermain.
Yang lagi penting sebenarnya, temu ramah kami bersama Aaron Kaufman telah mendedahkan pelbagai perkara yang kami nak kongsikan. Dengan pengalaman dan informasi yang telah kami dapatkan dari temu ramah tersbut dan juga bermain secara pendek, iaitu selama 1 jam game tersebut. Kitaorang jugak nak kongsikan apa dan bagaimana kami rasa tentang game tersebut. Tetapi, sebelum tu, aku nak tunjuk korang apa yang korang akan dapat dengan God of War Collector’s Edition ni.
Semasa di premis, kami disambut dengan Patung 9″ Kratos dan Atreus dan Figura Huldra Brothers 2″ ( dua figura yang korang nampak semasa trailer di E3 ). Ciri-ciri patung tersebut sangatlah terperinci yang menonjolkan pemakaian karekter tersebut. Selain itu, senjata dan juga ekspresi game tersebut. Selain dari pada itu, mereka dari kawasan SEA ( SouthEast Asia ) akan dapat Ash Pouch dan juga Rantai GoW secara eksklusif didapati dengan Collector’s Edition! Disediakan jugak, Cloth Map yang diambil dari game God of War sendiri yang tidak ditunjukkan atas sebab spoiler. Ia juga disebabkan peta tersebut mendedahkan kesemua sembilan kawasan Nordic.
Masa acara pratonton hari tu, diaorang ada umumkan harga untuk PlayStation 4 PRO God of War Limited Edition pada harga MYR 1,999 / SGD 669, disamping itu God of War Collector’s Edition pula berharga MYR 549 / SGD 184.90. Kalau korang nak game dia saja, untuk versi fizikal, korang boleh dapatkan dengan harga MYR 229 / SGD 72.90 dan versi digital pada harga MYR 209 / SGD 64.90.
God of War akan dilancarkan secara eksklusif di platform PlayStation 4 pada 20 April 2018. Kami sangat puas dengan hasil dari jam pertama kami mencuba game ini semasa acara pratonton dan kitaorang tersangat excited untuk Karya Triple AAA nih !!! Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh lah layar website official diaorang, atau pon Page Facebook mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post