SEGA kini mengadakan Jualan SEGA Summer Sale di PlayStation Store ! Jualan ini menampilkan barisan permainan PlayStation 4 / PlayStation 5 terpilih dengan harga istimewa. Semasa penjualan ini, game thriller undang-undang aksi-pengembaraan terkenal di dunia, “Judgment“, mendapat tawaran istimewa dengan potongan harga 25% [RM51.75]. Versi PlayStation 5 “Yakuza: Like a Dragon” termasuk suara Inggeris dan DLC versi PlayStation 4 juga dijual dengan potongan 30% dan 13 Sentinels: Aegis Rim 50% [RM119.50]. Jangan ketinggalan!

Selain itu, permainan dari SEGA ATLUS seperti siri Persona, Shin Megami dan Catherine Full Body juga tidak ketinggalan mendapat diskaun menarik! Ya anda boleh mendapatkan SHIN MEGAMI TENSEI III NOCTURNE HD REMASTER berharga [RM153.30], Persona® 5 Strikers berharga [RM153.30] dan Catherine Full Body pula berharga [RM111.50]!
Selain SEGA ATLUS, anda juga boleh endapatkan siri daripada SNK dan Arc System seperti Granblue Fantasy: Versus kini hanya [RM159.60] dan SNK HEROINES Tag Team Frenzy hanyalah [RM56.40]!
Sale ini telah pun bermula dari 4 Ogos dan akan dijalankan sehingga 18 Ogos. Antara permainan lain yang turut mempunyai diskaun hebat termasuk;
- Sakura Wars – 80% Diskaun [RM48.40]
- Olympic Games Tokyo 2020 – The Official Video Game™– 30% Diskaun [RM133.70]
- Yakuza: Like a Dragon PS4 & PS5 – 50% Diskaun [RM114.50]
- Yakuza 0– 50% Diskaun [RM124.50]
- YAKUZA KIWAMI– 50% Diskaun [RM47.50]
- YAKUZA KIWAMI 2 – 50% Diskaun [RM102]
- Yakuza 3 Remastered– 50% Diskaun [RM59.50]
- Yakuza 4 Remastered– 50% Diskaun [RM59.50]
- Yakuza 5 Remastered– 50% Diskaun [RM59.50]
- The Yakuza Remastered Collection – 50% Diskaun [RM126.50]
- Yakuza 6: The Song Of Life – 50% Diskaun [RM116.50]
- Alien: Isolatio– 75% Diskaun [RM42.25]
- Valkyria: Revolution- 80% Diskaun [RM33.80]
- SONIC MANIA- 80% Diskaun [RM18.00]
- 13 Sentinels: Aegis Rim – 50% Diskaun [RM119.50]
- Persona 5 Royal – 50% Diskaun [RM176.40]
Peghhh! Memang banyak lah game Sega dan rakan-rakan studionya mempunyai diskaun hebat! Jadi anda memang tidak patut ketinggalan jualan SEGA SUMMER SALE dan boleh terus ke PlayStation Store untuk membeli belah ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post