Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEGA Sahkan Game Baru Virtua Fighter Dalam Pembangunan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2024
in Artikel, Berita, Fighting
0 0
0
SEGA Sahkan Game Baru Virtua Fighter Dalam Pembangunan
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat fighting game: satu entri baharu dalam siri ikonik Virtua Fighter dari SEGA kini secara rasmi dalam pembangunan.

Selepas pengumuman untuk membawa pulang beberapa francais klasik SEGA seperti Jet Set Radio, Crazy Taxi, Golden Axe, Streets of Rage, dan Shinobi di The Game Awards 2023, SEGA kini mengesahkan bahawa Virtua Fighter akan turut serta dalam barisan francais legenda yang dibangkitkan semula.

Dalam interviu bersama Video Games Chronicle, naib presiden eksekutif dan ketua SEGA Global Transmedia Group, Justin Scarpone, mengesahkan berita ini. Scarpone menyebut Virtua Fighter antara beberapa francais nostalgia SEGA yang sedang menerima entri baharu.

“Kami mempunyai beberapa tajuk dalam pembangunan sekarang yang tergolong dalam kategori legasi seperti yang kami umumkan tahun lepas di The Game Awards; Crazy Taxi, Jet Set Radio, Streets of Rage, Shinobi, dan kami juga sedang membangunkan satu lagi Virtua Fighter,” katanya. Walau bagaimanapun, beliau tidak berkongsi maklumat lanjut.

Kredit: SEGA

Siri Virtua Fighter, yang dicipta oleh SEGA AM2 dan pereka terkenal Yu Suzuki, dilancarkan pada Disember 1993 dan dengan cepat menjadi mercu tanda dalam sejarah gaming. Virtua Fighter pertama diakui sebagai fighting game 3D pertama, satu pencapaian luar biasa yang menetapkan standard baharu dalam gameplay dan persembahan visual.

Dengan empat sekuel utama dan pelbagai spin-off, Virtua Fighter terus dipuji kerana pergerakan watak yang realistik, dan gameplay teknikal yang menarik minat pemain kasual dan kompetitif.

Kredit: SEGA

Keluaran utama terkini, Virtua Fighter 5, dilancarkan pada 2006 untuk arked dan pada 2007 untuk PlayStation 3, dan sejak itu menerima beberapa kemas kini dan versi baru. Populariti siri ini kekal kukuh dengan lebih daripada 24 game berbeza, termasuk edisi khas dan adaptasi mobile.

Pada tahun 2023, SEGA memperkenalkan semula Virtua Fighter 5 sebagai game eksklusif arked, tanda bahawa game ini masih diminati di dunia gaming.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: segaVirtua Fighter
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Publisher Sale – November 2024 Kini Bermula! Diskaun Besar Untuk LIKE A DRAGON Series Starter Pack!

Next Post

Berapa Lama Diperlukan Untuk Melengkapkan Koleksi Kad Pokémon TCG Pocket?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Berapa Lama Diperlukan Untuk Melengkapkan Koleksi Kad Pokémon TCG Pocket?

Berapa Lama Diperlukan Untuk Melengkapkan Koleksi Kad Pokémon TCG Pocket?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd