Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEGA menubuhkan SEGA Singapore Pte. Ltd., luaskan pengaruh Asia Tenggara

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2022
in Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
SEGA menubuhkan SEGA Singapore Pte. Ltd., luaskan pengaruh Asia Tenggara
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA CORPORATION secara rasmi menubuhkan SEGA Singapore Pte. Ltd., anak syarikat baru yang berpangkalan di Singapura, pada 13 Oktober 2022.

Sepanjang bertahun-tahun operasi, SEGA telah menubuhkan pelbagai pangkalan penerbitan dan studio pembangunan di seluruh dunia, untuk menghasilkan game berkualiti dan melancarkan perniagaan berkaitan yang direka khusus untuk pasaran tempatan.

Dengan penubuhan SEGA Singapura, cawangan ini akan menjalankan penyelidikan dan pemasaran tempatan untuk mengukuhkan inisiatif SEGA dalam pasaran Asia Tenggara, yang dijangka berkembang dengan meluas pada masa hadapan.

Singapura telah mencapai pertumbuhan ekonomi yang luar biasa sebagai hab utama di rantau Asia Tenggara memandangkan lokasinya yang strategik dan polisi kerajaan yang utamakan perniagaan.

Dengan menubuhkan SEGA Singapore sebagai pangkalan utama untuk menerajui operasi masa depan di Asia Tenggara, kami akan terus bersiap sedia dan menyiasat penubuhan operasi perniagaan selanjutnya di rantau ini dan berusaha untuk menyampaikan kandungan Jepun, termasuk IP SEGA sendiri, kepada lebih ramai orang di sekitar dunia.

  • Profil Syarikat
    • Modal: S$350,000
    • Struktur Modal: SEGA CORPORATION 100%
    • Profil Perniagaan: Penyelidikan pasaran dan pemasaran untuk Asia Tenggara

Bagi mereka yang tidak tahu, Sega Corporation ialah sebuah syarikat perbadanan multinasional dalam industri hiburan, media, sukan dan teknologi maklumat yang berasal dari Jepun dan merupakan anak syarikat kepada Sega Sammy Holdings Incorporated.

Syarikat ini membangunkan, mengilang, melesenkan dan menyokong beraneka keluaran dengan harta intelek yang dimilikinya untuk pembangunan pelbagai media termasuk anime, muzik, permainan, permainan arked, permainan video.

Diketuai oleh Presiden COO: Yukio Sugino, syarikat ini juga merupakan sebuah syarikat dalam industri dan pengeluar sukan damak, taman hiburan, dan bekas pengeluar konsol permainan video. Ia menpunyai kejayaan pada kedua-dua permainan arked dan konsol rumah, namun pada 24 Januari 2001, secara rasminya meninggalkan perusahaan konsol pengguna dan mula menumpu pada pembangunan game untuk berbilang platform.

Untuk membaca segala liputan kami tentang SEGA, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: industriSEGA Singapore
Previous Post

Preview One Piece Odyssey – Info lanjut jalan cerita, penerokaan & eksplorasi [THGS 22]

Next Post

Apex Legends: Eclipse – Musim 15 tambah peta baru, ‘Gifting System’!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Apex Legends: Eclipse – Musim 15 tambah peta baru, ‘Gifting System’!

Apex Legends: Eclipse - Musim 15 tambah peta baru, 'Gifting System'!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd