SEGA baru sahaja mengumumkan SEGA Football Club Champions 2025, sebuah game simulasi pengurusan bola sepak terbaru yang bakal dilancarkan pada tahun 2025 sebagai judul free-to-play di PlayStation 5, PlayStation 4, PC (melalui Steam), iOS dan Android.
Menggunakan enjin terkenal yang sama dengan siri Football Manager, game ini merupakan pelancaran global penting bagi siri SakaTsuku SEGA, yang lebih dikenali di Jepun sebagai Pro Soccer Club o Tsukurou!, yang memulakan debut pada tahun 1996 di Sega Saturn.
Jika sebelum ini siri ini banyak tertumpu di pasaran Jepun, edisi terbaharu ini disasarkan untuk menarik minat peminat bola sepak dari seluruh dunia.
Bagi mereka yang ingin mencuba lebih awal, pendaftaran untuk beta tertutup kini dibuka. SEGA Football Club Champions 2025 menawarkan pengalaman yang didakwa “luas”, di mana pemain akan memulakan perjalanan dengan kelab kecil tempatan dan membangunkannya menjadi kuasa besar di pentas global.
Dengan sokongan cross-play merentasi mobile, PC dan konsol, permainan ini menjanjikan pengalaman bermain yang lancar di pelbagai platform.

Game ini juga menampilkan dua mod utama yang menarik:
- Career Mode: Ambil peranan sebagai pengurus pasukan, buat keputusan taktikal di dalam dan luar padang, dan bawa kelab kecil anda ke tahap gemilang antarabangsa.
- Dream Team Mode: Cabar pemain lain dari seluruh dunia dalam perlawanan PvP yang penuh aksi, termasuk Event Matches, Arena Battles dan Room Matches.

SEGA Football Club Champions 2025 akan menampilkan lebih daripada 10,000 pemain bola sepak profesional sebenar, termasuk 1,500 pemain dari liga J1 hingga J3 Jepun, serta pemain-pemain dari FIFPRO, Liga K dan Manchester City F.C.
Pemain boleh mengurus bintang ternama seperti Erling Haaland, Rodri, Phil Foden dan ramai lagi, dengan lesen rasmi daripada J.League, Liga K, Manchester City dan FIFPRO memastikan data pemain dan persembahan pasukan yang sahih dan tepat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post