Sempena jualan Black Friday, SEGA sekali lagi tiba dengan promosi hebat khas untuk pemain PlayStation. Untuk SEGA Black Friday Sale 2022 kali ini, terdapat tawaran hebat pada game PS5 dan PS4 terpilih di PlayStation Store.
Sepanjang promosi ini, Soul Hackers 2, Two Point Campus dan Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles akan tersedia pada harga diskaun buat kali pertama! Terdapat lebih 70 judul yang akan dijual, termasuk game aksi berkelajuan tinggi 2D “Sonic Origins”, koleksi remaster daripada empat tajuk Sonic asal. Jangan lepaskan peluang ini!
Soul Hackers 2 – 30% diskaun

Berlatarkan masa depan di abad ke-21, para “Devil Summoner” hidup di kalangan masyarakat dan menggunakan kuasa supernatural dari “demon”. “Aion,” sejenis makhluk yang mengawasi dunia, mengesan kehancuran dunia pada masa akan datang.
Untuk mengelakkan kehancuran bumi, Ringo dan Figue turun ke dunia manusia untuk melindungi dua orang yang boleh mengelak bencana ini, tetapi kedua-duanya dibunuh. Ringo menggunakan abiliti khas bergelar “Soul Hack” untuk menghidupkan semula dua orang ini. Bersama bantuan Devil Summoner lain, Ringo dan Figue harus membongkarkan misteri supaya masa depan dunia boleh diselamatkan.
Two Point Campus – 20% diskaun

Bina universiti impian anda dengan Two Point Campus, game simulator baru daripada pembangun Two Point Hospital. Bina, ambil kakitangan dan jalankan institusi akademik yang penuh dengan kursus pelik.
Sonic Origins – 30% diskaun

Sonic Origins dibuat untuk konsol terbaru termasuklah game Sonic yang pertama, Sonic CD, Sonic the Hedgehog 2, dan Sonic the Hedgehog 3 & Knuckles. Anda boleh merasai semula pengalaman melihat sprite nostalgia pada platform terkini dengan prestasi framerate moden.
Banyak lagi game lain seperti siri Judgment, Yakuza dan Persona dijual dengan potongan harga lumayan. Boleh lawati laman web rasmi SEGA Black Friday Sale 2022 untuk melihat kesemua judul game tersedia!
Untuk mendapatkan liputan promosi lain, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post