Ada yang mencari game baru ke sekarang ini? Mana lah tahu kalau dah bosan dengan game yang ada sekarang. Ada berita baik untuk korang! Epic Games Store dan Steam akan memulakan jualan game mereka! Sekarang ini Epic Games Store tengah buat jualan Black Friday. Anda boleh dapat permainan baru dengan potongan harga yang sangat bagus. Bukan sahaja anda dapat bermain game baru malah menyelamatkan poket anda sendiri.

Anda boleh dapatkan diskaun sehingga 75% untuk game AAA yang tersedia dalam katalog jualan Epic Games. Jadi, cuba tengok dalam wishlist anda. Kot ada game yang anda sudah lama inginkan dapat diskaun kaw-kaw. Boleh korang beli sekarang! Berikut antara permainan AAA yang korang boleh rembat dari jualan Black Friday Epic:
- Far Cry 6
- Kena: Bridge of Spirits
- Riders Republic
- Back 4 Blood
- Crysis Remastered Trilogy
- Hitman 3
- Assassin’s Creed Valhalla

Jualan Black Friday Epic Games Store akan berlangsung sehingga 30 November 2021. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan game yang anda inginkan. Anda boleh klik di sini untuk terus ke laman web jualan Epic.

Kalau anda lebih sukakan platform Steam, jangan risau. Steam juga akan mengadakan Autumn Sale tidak lama lagi. Jualan tersebut akan bermula esok, 25 November sehingga 2 Disember 2021. Seperti biasa, Steam akan memberikan diskaun untuk beberapa game. Untuk masa sekarang ini, kita masih tidak tahu game apa yang akan tersedia nanti. Jadi anda bersedia sahaja dengan dompet dan senarai wishlist untuk korang checkout nanti!
Dengan membeli game di Steam, anda akan mendapat Point yang boleh digunakan di Point Shop yang tersedia. Menggunakan point tersebut, anda boleh membeli beberapa item untuk profile anda seperti latar belakang, emote chat, icon dan frame gambar profile. Seperti tahun lepas, Autumn Sale mungkin menyediakan item baru di Point Shop. Jadi, jangan lupa untuk tengok item tersebut nanti. Selamat berbelanja untuk anda semua!
Untuk segala liputan lain mengenai promosi game, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post