Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Secretlab umum Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition, khas untuk peminat Game of Thrones

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 22, 2022
in Artikel, Berita, Movie/siri, Produk
0 0
0
Secretlab umum Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition, khas untuk peminat Game of Thrones
Share on FacebookShare on Twitter

Pembuat kerusi gaming terkenal Secretlab dengan kerjasama Warner Bros, telah mengumumkan kerusi gaming Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition (prekuel kepada Game of Thrones) – sempena meraikan keluaran siri drama yang telah lama ditunggu-tunggu, kini tersedia untuk tontonan orang ramai sekarang.

Secretlab sentiasa terlibat dengan setiap peristiwa penting Game of Thrones seperti musim terakhir GoT dan Iron Anniversary, maka bersama bantuan Warner Bros., mereka tahu siri prekuel ini tidak lengkap tanpa kerusi gaming khasnya sendiri.

Jadi apa yang membuatkan reka bentuk Secretlab Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition sangat istimewa? Pertama sekali, kerusi gaming itu mempunyai sulaman segel/cap “rumah Targaryen” yang menunjukkan seekor naga merah berkepala tiga di bahagian depan. Di bahagian belakang pula adalah segel sama tetapi lebih besar yang dilekatkan di bahagian belakang.

Terdapat juga ikonografi naga sedang terbang di bahagian bahu dan sekeliling tempat duduk untuk mewujudkan bayangan “naga sedang menjelma”. Akhir sekali dan paling istimewa tentang reka bentuk adalah sisik naga buatan khas, yang memang sesuai untuk peminat menikmati House of Ashes dengan penuh gaya.

Bagi ciri-ciri kerusi gaming, Titan Evo 2022 akan dilengkapi dengan mekanisme ‘multi-tilt’, 4D armrest, ‘cold-cured foam’ khas Secretlab, dan sokongan built-in lumbar yang boleh laras sepenuhnya – semua ciri eksklusif yang anda biasa jumpa di dalam set Titan Evo varian 2022.

Buat masa ini, kita tidak tahu bila ia akan dijual di Malaysia dan berapa nilai harganya tetapi Secretlab Titan Evo 2022: House of the Dragon Edition akan tersedia dalam tiga saiz berbeza iaitu S, R, dan XL.

Buat sesiapa yang tidak tahu tentang House of the Dragon, ia adalah siri televisyen drama fantasi yang merupakan prekuel kepada siri Game of Thrones (2011–2019), kedua-duanya berdasarkan novel A Song of Ice and Fire oleh George R. R. Martin. Ditetapkan 200 tahun sebelum peristiwa Game of Thrones, siri ini mengisahkan pengakhiran House Targaryen, peristiwa yang membawa kepada peperangan “Dance of the Dragons”.

Untuk maklumat lanjut tentang Secretlab x House of the Dragon, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: game of thronesGaming chairSecretlabTitan Evo 2022: House of the Dragon Edition
Previous Post

Yamato tidak akan sertai krew Straw Hat milik Luffy, saga Wano akhirnya tamat dalam One Piece

Next Post

Filem Thor: Love and Thunder Akan Hadir Ke Disney+ Hotstar 8 September ini!

Next Post
Filem Thor: Love and Thunder Akan Hadir Ke Disney+ Hotstar 8 September ini!

Filem Thor: Love and Thunder Akan Hadir Ke Disney+ Hotstar 8 September ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd