Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Secretlab melancarkan MAGNUS Metal Desk dengan ciri penyelesaian pengurusan kabel

Amir Haziq by Amir Haziq
April 28, 2021
in Artikel, Berita, Perabot, Produk
0 0
0
Secretlab melancarkan MAGNUS Metal Desk dengan ciri penyelesaian pengurusan kabel
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat gaming chair premium daripada Singapura, Secretlab hari ini mengumumkan produk meja PC mereka yang pertama, iaitu MAGNUS Metal Desk. Secretlab juga telah menemukan jalan penyelesaian yang bijak untuk masalah pengurusan kabel yang dihadapi para gamer. Jadi, jom kita tengok apa yang hebatnya pasal MAGNUS Metal Desk ini!

Reka bentuk yang estetik

MAGNUS Metal Desk ini diperbuat sepenuhnya dari logam, dan direka untuk menjadi meja modular yang menggunakan aksesori magnetik untuk membantu gamers mendapatkan setup terbaik dan selesa. Dari segi reka bentuk, meja ini memberikan rekaan estetika industri futuristik, dan disokong oleh kualiti binaan yang mengagumkan.

Cable tray untuk menguruskan masalah kabel berselerak atas meja

Secretlab menawarkan aksesori eksklusif pada meja MAGNUS, seperti pemegang kabel magnetik untuk menjaga kabel-kabel anda supaya tidak tergelincir dari meja, dan sarung kabel magnetik yang boleh dipasang pada salah satu kaki meja. Anda juga pasti akan tertarik dengan reka bentuk cable tray di bahagian belakang meja untuk menyelesaikan masalah pengurusan kabel.

3 rekaan menarik untuk Magpad Desk Mat

Di meja MAGNUS ini, anda bukan sahaja menggunakan magnet untuk menguruskan kabel. Secretlab telah menghasilkan Magpad Desk Mat, iaitu karpet meja yang boleh melekat secara magnetik supaya ia tidak akan bergerak semasa anda bermain atau membuat tugas harian. Karpet meja ini juga memberikan keselesaan tangan yang premium kepada para gamer.

Selain itu, terdapat beberapa rekaan Magpad Desk Mat yang boleh dipilih, seperti Signature Stealth serta dua rekaan dari pasukan eSports terkemuka, iaitu Team Liquid Edition dan Cloud9 Edition.

Lampu RGB magnet menjadikan meja MAGNUS lebih menarik

Jika anda sukakan ruang meja gaming yang berwarna-warni, Secretlab menawarkan lampu RGB magnet yang dihubungkan pada bahagian belakang meja. Cahaya dari RGB tersebut akan terpancar di bahagian belakang, menjadikannya nampak lebih menarik dan tidak kosong.

Spesifikasi teknikal meja

Menurut Secretlab, meja MAGNUS mempunyai 150 cm panjang dan 70 cm lebar serta ketinggian 73 cm. Ketinggian meja ini boleh dinaikkan sebanyak 2 cm secara manual untuk mendapatkan ketinggi yang sesuai.

Di samping itu, meja ini mampu menahan beban seberat 100 kg dan sisi meja pula boleh menampung berat sehingga 25 kg. Pemasangan meja ini sangat mudah, tetapi anda mungkin memerlukan bantuan kerana ia sangat berat.

Buat masa ini, harga pasaran bagi MAGNUS Steel Desk adalah $449 (anggaran RM1841.80), tetapi hanya akan tersedia di Singapura, Amerika Syarikat dan Eropah. Segala aksesori tambahan seperti Magpad Desk Mat dan sarung kabel magnetik dijual berasingan. Bagi anda yang berminat untuk memiliki meja ini, anda boleh layari laman web Secretlab.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Magnus Steel Deskmeja gamingSecretlab
Previous Post

Hood: Outlaws & Legends mendedahkan rancangan pra-pelancaran dan kandungan Year 1 Edition

Next Post

2 Champion baru “RENGAR” dan “KHA’ZIX” akan datang ke Wild Rift!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
2 Champion baru “RENGAR” dan “KHA’ZIX” akan datang ke Wild Rift!

2 Champion baru "RENGAR" dan "KHA’ZIX" akan datang ke Wild Rift!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd