Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Secara rasmi Olimpik Tokyo 2020 bermula, Muzik Game JRPG menjadi lagu pembukaan acara!

Nyny.A by Nyny.A
July 23, 2021
in Acara, Artikel, Berita
0 0
0
Secara rasmi Olimpik Tokyo 2020 bermula, Muzik Game JRPG menjadi lagu pembukaan acara!
Share on FacebookShare on Twitter

Para atlet Olimpik Tokyo disambut oleh beberapa keistimewaan yang tidak asing lagi sebentar tadi. Pembukaan dengan lagu-lagu permainan video JRPG yang memang biasa didengari telah dipersembahkan dengan begitu indah lagi dalam upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020!

Madley lagu-lagu orkestra dari permainan video Jepun yang ikonik berfungsi sebagai soundtrack untuk perbarisan negara pada upacara tersebut. Susunan itu merangkumi lagu-lagu dari permainan yang dikembangkan oleh SEGA, Capcom dan Square Enix.

Jika di luar negara, ramai yang menganggap muzik game ini hanyalah hiasan dan bukan-bukan, tetapi tidak di Jepun. Muzik ini semua dianggap seperti seni yang tinggi. Komposer permainan video sememangnya terkenal di Jepun, dan NieR merupakan salah satu siri yang dipaparkan dalam perbarisan, memang menggagumkan kerana 3 antara soundtrack permainan popular ini pernah mendapat carta dalam muzik di Jepun.

Lagu pertama yang dimainkan dalam acara pembukaan ini adalah “Roto’s Theme” dari siri Dragon Quest. Dragon Quest sangat berpengaruh sebagai permainan RPG. Siri ini menjadi sangat popular di Jepun sehingga pernah 300 pelajar ditangkap kerana ponteng sekolah semata-mata untuk membeli Dragon Quest III.

https://www.youtube.com/watch?v=gNQ94QgZ_tA&

Selain itu, muzik dari siri Final Fantasy dan adalah antara yang paling dikenali oleh peminat di seluruh dunia turut merangkumi barisan muzik dalam acara tersebut. “Victory Fanfare,” lagu yang dimainkan ketika pemain memenangi pertandingan didengari sebentar tadi ibarat kemenangan pada semua atlet.

Lagu lain yang didengari adalah “Star Light Zone” dari Sonic the Hedgehog yang asli. Selain muncul dalam permainan asli, versi remixed muncul dalam versi DS Mario & Sonic di Sukan Olimpik.

Banyak lagi lagu yang dimainkan tetapi sayangnya lagu tema ikonik dari permainan Nintendo lain, seperti Mario Bros. dan The Legend of Zelda, tidak dimainkan dalam perbarisan.

Antara barisan muzik yang didengari dalam acara adalah seperti berikut:

  • ” Dragon Quest ” “Prologue: ロトのテーマ”
  • ” Final Fantasy ” “Victory のファンファーレ”
  • ” Legend ( Tales Of )” series “スレイのテーマ~Tutor~”
  • ” Monster Hunter ” “Hero’s Proof”
  • ” Kingdom Hearts ” “Olympus Coliseum”
  • ” The Key of Time and Space ” “Kaerru no テーマ”
  • ” Ace Combat ” “First Flight”
  • ” Legend ” series “The Capital of Kings-Prestige Hall”
  • ” Monster Hunter ” “Lu Li ち no wind”
  • ” The Key of Time and Space ” “Robo no テーマ”
  • ” Sonic the Hedgehog ( Sonic Boy )” “Star Light Zone”
  • ” World Soccer Competition ( Pro Evolution Soccer )” “eFootball walk-on theme”
  • ” Final Fantasy ” “MAIN THEME”
  • ” Phantasy Star New Universe ” “Guardians”
  • ” Kingdom Hearts ” “Hero’s Fanfare”
  • ” Space Cruiser ( Nemesis )” “01 ACT 1-1”
  • ” Neil ( NieR )” “イニシエノウタ”
  • ” Resurrection of the Cthulhu ( SaGa )” series “Devil Bard-サガシリーズメドレー2016”
  • ” Soul of Sword ” “The Brave New Stage of History”

Bagaimana dengan Pembukaan Olimpik Tokyo 2020 ini? Ada lagu kegemaran anda tak? Apa-apa pun terus bagi semangat kepada atle Malaysia untuk buat yang terbaik dalam Sukan Olimpik ini ok!

Sumber: GNN 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Olimpik TokyoOlimpik Tokyo 2020
Previous Post

Review Razer Blackwidow V3 Mini HyperSpeed: Keyboard gaming kecil tapi padu!

Next Post

[Khabar Angin] Nintendo bakal menamatkan perkhidmatan eShop untuk 3DS dan Wii U!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Nintendo bakal menamatkan perkhidmatan eShop untuk 3DS dan Wii U!

[Khabar Angin] Nintendo bakal menamatkan perkhidmatan eShop untuk 3DS dan Wii U!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd