Baru sahaja kami selesai dengan acara virtual bersama Paramount yang mendedahkan sedikit teaser untuk filem Transformers ke-7 dan juga kini telah bermula penggambaran. Filem ke-7 ini akan diberi nama Transformers: Rise of the Beasts.
Sebuah pengalaman yang baru dengan dengan persembahan virtual, acara ini dikendalikan oleh Anthony Breznican dari Vanity Fair secara bual panel dalam talian. Pengarah Steven Caple Jr., serta pengeluar francais Lorenzo Di Bonaventura, memulakan acara dengan mengongsikan beberapa kawasan penggambaran, plot cerita dan watak. Dua pelakon Transformers: Rise of the Beasts, Anthony Ramos sebagai “Noah” dan Dominique Fishback sebagai “Elena” juga mengongsikan sedikit perincian baru, berkenaan dengan kisah dan watak pelakon yang akan datang dalam filem ini.

Steven Caple Jr of ‘The Land’

Jadi dalam perkongsian ini, kami akan mengongsikan sedikit sahaja seperti yang dikongsikan panel untuk filem ini. Filem ini akan berlansung pada garis masa tahun 1994, mengambil ruang di antara filem Bumblebee yang berada di garis masa tahun 1987 dan filem Transformers Michael Bay tahun 2000 ke atas. Diakatakan terdapat era muzik rapping zaman itu turut akan kedengaran. Filem ini akan menampilkan lokasi di Brooklyn di mana watak utama juga akan berasal dari sana, selain itu ianya juga akan berlangsung di New York dan Machu Pichu di Peru.
Sudah semestinya watak utama Transformers iaitu Optimus Prime akan ada. Tetapi untuk menjadikannya lebih menarik, terutama pada peminat francais Transformers Beast Wars, Rise of the Beast juga akan memperluakan dunianya dalam siri ini! Bertarung dengan musuh robot alien nampaknya bukan hanya dalam bentuk kenderaan, sebaliknya kita akan nampak pelbagai rupa bentuk haiwan juga di dalam filem ini! Ya, kita akan melihat robot Beast War berperang dengan musuh semula jadi mereka, Predacons. Terracons akan memberikan satu lagi “ancaman baru”; menyelamatkan dunia akan diserahkan kepada Autobots dan Maximals.
“Predacon dalam filem kita lebih bersifat reptilia. Kami telah melihat beberapa filem Transformers lain, tetapi dalam filem baru ini, kita dapat melihat sisi lain dari mereka, “kata Caple. “Ini semua tentang membina latar belakang watak-watak ini, dan kita akan melihat lebih banyak lagi di sisi Predacon dan Terracon.”
Untuk sisi manusia, pelakon Dominique Fishback “Elena” adalah seorang penyelidik artifak di sebuah muzium yang berusaha untuk maju walaupun bosnya terus mengambil kesempatan dari kerjanya. Manakala Ramos sebagai “Noah” pula, seorang pemuda kelahiran Brooklyn yang telah pulang ke rumah kepada ibu dan adiknya setelah menjalani perkhidmatan ketenteraan dan berusaha untuk menjejakkan kaki pada pertengahan tahun 90an Brooklyn.

Glitter Magazine | Dominique
Ramos turut menambah, “Noah hebat dengan elektronik.”
“Satu perkara yang saya sukai tentang Noah adalah kegigihan dan hatinya, juga kehendaknya untuk tidak terus berhenti, terlepas dari semua hal gila yang dilemparkan kepadanya.” Ramos

Perincian plot masih belum diselesaikan dan masih banyak yang dirahsiakan semasa acara itu, tetapi Caple Jr. dan penerbit Lorenzo menunjukkan beberapa reka bentuk Transformer yang akan ada dalam filem ini. Bumblebee kembali bersama Optimus dalam bentuk Camaro dan Mirage dan Arcee akan melengkapkan Autobot sebagai Porsche 911 dan Ducati 916. Menurut Caple Jr., reka bentuknya diilhamkan oleh penampilan G1 asli Autobots. Tapi maaf, seni konsep yang ditunjukkan pada acara itu kami tidak dapat dikongsi di sini, cuma apa yang kami boleh nyatakan, ianya nampak gempak!

Nightbird juga digambarkan sebagai jenis Mata Hari, Nightbird telah memiliki sejarah yang tidak menentu untuk menukar kesetiaan. Saat ini dia sebagai komando kedua dari Terrorcons, dan berubah menjadi Nissan GTR. Juga Pemimpin Maximals, Optimus Primal berubah menjadi gorila cybernetic gergasi. Dia digambarkan berada dalam peranan kepemimpinan yang sama dengan Optimus Prime.
Berikut adalah antara watak dan robot serta “Beast Wars” yang akan terdapat di dalam filem ini;
- Anthony Ramos sebagai “Noah”
- Dominique Fishback sebagai “Elena”
- Optimus Prime
- Bumblebee
- Arcee
- Mirage
- Nightbird
- Scourge
- Airazor
- Rhinox
- Optimus Primal
“Anda akan melihat penjahat yang belum pernah anda lihat, Autobots yang belum pernah anda lihat, elemen yang belum pernah kami lakukan sebelumnya.”- Lorenzo
Transformers: Rise of the Beasts dirancangkan untuk tayangan pada 24 Jun 2022 seperti yang dikongsikan di Twitter Transformers. Jadi adakah anda bersedia untuk menyaksikan pertempuran Autobots dan Decepticons serta kedatangan Maximals, Predacons, dan Terrorcons di Bumi? Nantikan semua pendedahan yang kami akan terus kongsikan dengan anda! Terima kasih Paramount untuk acara yang menakjubkan ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post