Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebesar 25,000 kaki persegi, One Piece Asia Tour menampilkan 21 zon unik! Tiket tersedia sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 8, 2023 - Updated on March 15, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Manga, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Sebesar 25,000 kaki persegi, One Piece Asia Tour menampilkan 21 zon unik! Tiket tersedia sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan lepas, kita dapat berita bahawa ‘One Piece Exhibition Asia Tour‘ akan tiba tidak lama lagi di Malaysia dalam bentuk pameran eksklusif! Bakal diadakan di Resorts World Genting, Malaysia pada 23 Mac hingga 8 Mei, hari ini pihak penganjur mengumumkan maklumat tambahan tentang saiz pameran dan isi kandungan.

Penganjur Ace Media Network telah memuat naik ‘floor plan’ untuk One Piece Exhibition Asia Tour – Malaysia melalui media sosial dan menurut mereka, inilah “pameran One Piece terbesar di negara kita dengan saiz sebesar 25,000 kaki persegi bersamaan hampir 28 gelanggang badminton.

Secara am, One Piece Exhibition Asia Tour mereplikasikan semula kisah klasik One Piece dan terdiri daripada beberapa zon bertema termasuk Impel Down, Marineford, Fish-Man Island, Dressrosa, Wano dan banyak lagi. Dalam zon ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk dilakukan.

Pertama, anda boleh melihat patung bersaiz besar berdasarkan watak-watak popular. Semua patung ini direka berdasarkan adegan tertentu dalam anime dan manga, jadi pengunjung dialu-alukan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin.

Kedua adalah permainan interaktif di mana pengunjung dapat mengumpulkan mata untuk menebus barangan edisi terhad dan akhir sekali adalah kedai-kedai mini yang menjual barang koleksi eksklusif One Piece. Lebih daripada 100+ One Piece akan dijual, termasuk figura yang dihasilkan khusus untuk pameran.

Bukan itu sahaja, sebanyak 21 zon ikonik berdasarkan perjalanan Luffy telah ditambah ke pameran ini.

Senarai lengkap adalah seperti berikut:

  • Zone 1: Logue Town
  • Zone 2: Character Intro
  • Zone 3: Milestone & Tour Map
  • Zone 4: Mini Theater
  • Zone 5: Entering The Grand Line
  • Zone 6: Alabasta
  • Zone 7: Skypiea
  • Zone 8: Going Merry Cabin
  • Zone 9: Enie Lobby
  • Zone 10: Burning Going Merry
  • Zone 11: Impel Down
  • Zone 12: Marine Ford
  • Zone 13: 3D2Y
  • Zone 14: Fishman Island Zone
  • 15: Punk Hazard
  • Zone 16: Dressrosa
  • Zone 17: Zou
  • Zone 18: Whole Cake Island
  • Zone 19: Mirror World
  • Zone 20: Wano Country Shopping Street
  • Zone 21: Onigashima

Bagi mereka yang berminat, tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour Exhibition kini tersedia untuk beli!

  • Lokasi: Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting
  • Tarikh: 23 Mac – 8 Mei 2023 (Isnin – Ahad, 10 pagi – 10 malam)
  • Beli tiket di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/30178

Harga tiket:

  • Early Bird
    • Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 80
    • Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM100
    • Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 40
    • Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma
  • Standard
    • Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 90
    • Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM110
    • Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 50
    • Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk analisis bab baharu, game dan anime, sila tekan pautan ini.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jom join giveaway PS5, kena ambik gambar kat Lot 10 bersama dengan Spider-Man 2 Art Installation je! Arahan lebih lanjut ada dalam video!#ps5 #playstation5 #playstation #ps5malaysia #LiveFromPS5MY #GamerSantaiPS5 pic.twitter.com/MFgeWyBAr7

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 6, 2023
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone pieceOne Piece Asia Tour
Previous Post

Anime Isekai Pelik “Reborn as a Vending Machine” Akan Tayang Pada Julai Ini!

Next Post

Jualan tiket Shazam Fury of the Gods kini bermula di TGV! Bakal ditayangkan bermula 15 Mac ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jualan tiket Shazam Fury of the Gods kini bermula di TGV! Bakal ditayangkan bermula 15 Mac ini!

Jualan tiket Shazam Fury of the Gods kini bermula di TGV! Bakal ditayangkan bermula 15 Mac ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd