Crunchyroll merupakan salah satu platform rasmi yang menstrim pelbagai anime. Anda juga boleh membaca manga yang tersedia pada platform itu jika anda melanggan akaun premium. Baru-baru ini, platform itu telah melepaskan statistik mereka mengenai senarai anime yang telah distrim pada tahun 2021. Ia tidak mempunyai kesemua anime yang telah dikeluarkan pada tahun itu tetapi hanya menggunakan database anime yang tersedia pada platform itu sahaja.

Pada tahun lepas, Crunchyroll telah menyediakan sebanyak 86 siri anime yang telah dilepaskan pada tahun tersebut. Dalam laporan statistik itu menunjukkan bahawa 19% daripadanya datang dari genre fantasi diikuti dengan aksi dan komedi. Platform itu juga telah carta yang menunjukkan bahawa 20% daripada kesemua 86 siri anime itu, adalah anime isekai. Boleh tahan banyak juga siri isekai yang keluar pada 2021.
Tetapi ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan siri isekai kini sememangnya genre yang popular dalam kalangan peminat anime. Dengan siri seperti Re:Zero, Mushoku Tensei dan Tensura yang menyerikan tahun 2021, ramai yang ternanti-nantikan sambungan untuk siri-siri tersebut. 2022 juga sudah tentu mempunyai beberapa anime Isekai hebat yang akan ditayangkan seperti Rising Shield Hero musim kedua, Overlord dan banyak lagi.

Laporan statistik itu juga menunjukkan bahawa 67% daripada protagonis dalam siri-siri anime ini merupakan seorang lelaki dan selebihnya berjantina perempuan dan lain-lain. Paling menarik sekali, ia juga mempunyai statistik untuk rupa bentuk watak. Kesemua 86 siri anime ini telah diadaptasikan daripada pelbagai media tidak kiralah buku atau game. Manga dan novel ringan antara yang terbanyak mendapat adaptasi anime.

Apa pendapat anda mengenai laporan statistik ini? Rasanya tahun ini kita akan mendapat lebih banyak anime aksi memandangkan banyak daripada siri hebat JUMP akan kembali memeriahkan dunia anime. Jika anda ingin dapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: Crunchyroll
@gamersantaimy
Discussion about this post