Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebab utama Naruto memiliki nama Uzumaki & bukan Namikaze!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Sebab utama Naruto memiliki nama Uzumaki & bukan Namikaze!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti ramai yang tertanya apakah sebab dan mengapa Naruto memiliki nama Uzumaki dan bukan Namikaze. Memandangkan puak Uzumaki dihapuskan kerana ramai yang menganggap puak ini terlalu kuat, kenapa Naruto tidak diberi nama Namikaze yang lebih selamat? Sebenarnya, ada sebab yang logik mengapa Hokage ke-3 memilih puak Uzumaki yang terancam sebagai nama keluarga Naruto.

Semasa Perang Shinobi Ke-3, sebelum kelahiran Naruto, Namikaze Minato (ayah Naruto) – sangat ditakuti sebagai Yellow Flash, seorang ninja, yang secara sendirian, mampu membunuh 1000 ninja dalam sekelip mata, sehingga berjaya memenangkan perang untuk Konoha dan memaksa negara lain untuk membuat perjanjian damai dengan mereka. Malangnya, ramai musuh ingin membalas dendam terhadap Minato dan keluarganya.

Semasa serangan Musang Ekor Sembilan setelah kelahiran Naruto, Minato (yang kini adalah Hokage Ke-4) dan Uzumaki Kushina (ibu Naruto) sama-sama mengorbankan nyawa mereka untuk menyelamatkan Konoha dan anak mereka Naruto. Separuh dari Musang Ekor Sembilan dimasukkan di dalam Naruto yang baru dilahirkan, dan tidak lama kemudian, kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. Naruto kemudian dijaga oleh Hokage Ke-3, yang memberikannya nama keluarga Uzumaki.

Pada masa lalu, setelah pembunuhan beramai-ramai di puak Uzumaki, beberapa ahlinya sebenarnya berjaya lepaskan diri. Malangnya, mereka diburu dan ditangkap oleh orang-orang yang menginginkan kekuatan mereka, seperti Orochimaru. Secara beransur, perkara ini semakin berkurangan sehingga ia berhenti sepenuhnya. Sebaliknya, ramai musuh yang masih menyimpan dendam terhadap Minato dan berniat untuk membunuh mana-mana keluarga rapatnya. Kembali kepada asas logik, ia jauh lebih selamat untuk menamakan Naruto sebagai seorang Uzumaki berbanding Namikaze.

Pada masa yang sama, Naruto juga tidak pernah diambil sebagai anak angkat kerana semua orang membencinya sebagai hos kepada Musang Ekor Sembilan yang hampir memusnahkan Konoha. Oleh kerana banyak perkara tentang puak Uzumaki dirahsiakan, nama itu jauh lebih selamat untuk digunakan.  Ini merupakan satu-satunya cara untuk melindungi Naruto dari musuh ayahnya. Hokage Ke-3 juga tidak pernah mendedahkan hubungan Naruto dengan Minato, tetapi lambat-laun Naruto akan tahu siapakah identiti ibu bapanya.

Pendek cerita, mereka ingin merahsiakan asal-usul Naruto untuk menyelamatkannya. Kedua-dua nama keluarga mempunyai sejarah sendiri tetapi apa pendapat anda pula? Adakah Naruto patut diberi nama Namikaze Naruto? Kongsikan pendapat anda di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.

Sumber – Narutopedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeFaktamangaNamikazenarutoTriviaUzumaki
Previous Post

E3 2021 bakal tiba hujung minggu ini! Jadual sidang media dan live stream diumumkan!

Next Post

Berkualiti dan hebat! Sony mengumumkan Truly Wireless Headphones WF-1000XM4 terbaru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Berkualiti dan hebat! Sony mengumumkan Truly Wireless Headphones WF-1000XM4 terbaru!

Berkualiti dan hebat! Sony mengumumkan Truly Wireless Headphones WF-1000XM4 terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd