Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebab PKP, awek ni sambut hari jadi kekasihnya dalam The Sims 4!

Semuanya punca COVID-19 laaa jadi camni!

Nyny.A by Nyny.A
April 6, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PC
0 0
0
Sebab PKP, awek ni sambut hari jadi kekasihnya dalam The Sims 4!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang orang ramai tahu, ramai yang kini terpaksa duduk dirumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan dijangkiti COVID-19. Pekara ini juga bukan terjadi hanya di Malaysia, ramai lagi penduduk negara lain terpaksa menghadap situasi yang sama bagi mengelak situasi virus yang membunuh ini. Jadi, ada satu perkongsian dari seorang penulis di The Verge yang bernama Natt Garun yang baru-baru ini dia menyambut hari jadi kekasihnya di The Sims 4!

Menurut Natt, selepas ayahnya meninggal dunia selepas beberapa hari lepas hari jadinya ke-7, sejak itu keluarganya kurang menyambut apa jua perayaan sehingga dia bertemu kekasihnya. Sejak dia bersama dengan kekasihnya itu, dia sering menyambut hari jadinya bersama-sama rakan dengan ramai-ramai makan ‘hotpot’. Sambutan itu memang sering disambut dengan gembira sehinggalah tahun ini, ianya nyata berubah kerana semua rakan-rakan terpaksa dikuarantin dan duduk dirumah akibat COVID-19 ini.

Jadi, Natt membuat kelainan bagi tahun ini untuk tetap menyambut hari jadi kekasihnya, tetapi bukan secara makan beramai-ramai dirumahnya, sebaliknya di dalam permainan video! Yup! Untuk meneruskan tradisinya bertahun-tahun, Natt telah menyambut hari jadi kekasihnya didalam The Sims 4!

Natt telah mengajak kakak kekasihnya, rakan-rakanya dari Chicago serta rakan baik mereka untuk bersama menyambut hari jadi ini dalam The Sims 4! Dalam sambutan simulasi itu ibarat realiti bagi Natt, dengan menyambut tetamu bersama pelukan. Kemudian, menurutnya kekasih versi Sim nya memasak makanan dalam periuk besar ibarat memasak dalam tradisi hotpot mereka. Kemudian semua rakan berkumpul bersama dan menukmati dengan senyuman dan gelak tawa!

Lebih menarik menurut Natt, rakan-rakannya walaupun versi Sim ibarat perangai yang sebenar! Siap ada yang tertendang sampah, rakan perempuan dan lelaki duduk berasingan bergosip dan macam-macam lagi!

Selepas lilin ditiup dan kek dihidangkan, beberapa rakan pun mula mengangkat kaki beransur dari rumah. Kakak kekasihnya versi Sim, juga dikatakan ibarat realiti sebab dia turut membantu membersihkan dan juga mengangkat semua tong sampah yang telah bersepah sebelum tu.

Jadi memang seronok bagi Natt walaupun hanya dalam virtual keluarganya berkumpul untuk menyambut hari jadi tersebut. Maka ini juga boleh menjadi satu idea yang besar bagi anda semua yang turut ada dirumah untuk meluangkan masa bersama kawan dari degil keluar melepak luar rumah tak tentu pasal! Jangan risau pelbagai game boleh menyatukan kita dan rakan-rakan kita, dan ini merupakan salah satu cara yang berguna untuk anda semua luangkan masa!

Sumber: Natt Garun, The Verge

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #Dudukdirumah#KeeponGamingCOVID-19Natt GarunPerintah Kawalan PergerakanPerintah Kawalan Pergerakan (PKP)PKPthe sims 4
Previous Post

Musim ke-4 baru sahaja berakhir, Anime My Hero Academia musim ke-5 pula didedahkan!

Next Post

Ulasan Final Fantasy VII Remake – Tetap legenda seperti yang asal, dengan penambahan yang lebih padu!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ulasan Final Fantasy VII Remake – Tetap legenda seperti yang asal, dengan penambahan yang lebih padu!

Ulasan Final Fantasy VII Remake - Tetap legenda seperti yang asal, dengan penambahan yang lebih padu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd