Lebih banyak DLC Naruto to Boruto sedang dalam perjalanan kerana Season Pass 3 untuk Naruto to Boruto: Shinobi Striker telah disahkan. Bandai Namco mengumumkan berita ini melalui Twitter rasmi mereka. Walaupun belum ada tarikh pelancaran, kami tahu ia akan bermula pada tahun ini tetapi bagi mereka yang mendaftar ke buletin rasmi Bandai Namco, dapat mendengarkan berita ini secepat mungkin.
New and exciting updates are coming to Naruto to Boruto: Shinobi Striker. Stay tuned to find out what awaits with Season Pass 3. Dattebayo! #BandaiNamco #Naruto pic.twitter.com/ze0syI298x
— Bandai Namco Entertainment Asia (@BandaiNamcoSEA) July 1, 2020
Walaupun tidak terkenal seperti siri Ultimate Ninja, Naruto to Boruto masih bertahan dengan bagus setakat ini. Dilancarkan pada Ogos 2018, game ini telah mengeluarkan dua season pass yang menambahkan watak-watak baru ke dalam permainan. Setiap Season Pass berharga RM59.50 manakala DLC lain berharga daripada RM1.50 hingga maksimum RM59.50. Jika tiada apa yang berubah, harga untuk Season Pass 3 pasti akan ikut nilai di atas.
Untuk watak-watak yang bakal muncul ke DLC ke-3 ini, tiada apa yang didedahkan tetapi kedua-dua Season Pass 1 dan 2 menambah sembilan watak tambahan. Season Pass 3 kemungkinan besar juga akan mengikut proses ini dan membahagikan setiap watak sama rata mengikut kategori serangan, pertahanan, penyembuhan, dan jarak jauh untuk seimbangkan permainan.
Naruto to Boruto: Shinobi Striker tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC manakala Season Pass 3 akan keluar pada tahun 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post