Call of Duty Modern Warfare sememangnya agak hype dengan musim terbarunya, dengan pelbagai kemaskini terbaru seperti terdapat Kereta api yang bergerak dan Operator baru! Jadi dalam kesempatan ini, kami mendapat peluang untuk menemu ramah secara eksklusif dua orang kuat dari Infinity Ward | Activision untuk pengembangan kemaskini ini berterima kasih pada Activision Blizzard. Dua orang kuat yang dimaksudkan adalah Joseph Cecot – Co-Design Director, Multiplayer dan Amos Hodge – Associate Creative Director.


Kita tahu hampir setiap musim Modern Warfare pasti akan ada kemaskini senjata dan semestinya pelbagai pekara yang perlu pihak pemaju untuk menghasilkan senjata untuk kepuasan pemain. Joe menyatakan mereka mengimbang kemaskini senjata berdasarkan melihat statistik penggunaan pemain. Kadang-kala juga mereka akan mempunyai artifak untuk permasalahan penghasilan seperti baru-baru ini dengan Underbarrel Shotguns untuk kegunaan yang akan datang. Tetapi baru-baru ini mereka turut melihat statistik untuk penyesuaian pemain, terutama lebih kepada apa yang ada di gelung perkumpulan untuk penyesuaian loop pools dan sering mengingati apa yang pemain boleh bawa untuk apa sahaja di loadouts. Jadi, tugas ini akan berterusan untuk mengimbangi dan agak mengubah meta.
Amos juga menyatakan bahawa mereka akan memastikan dalam permainan tidak akan menjadi tepu dan sentiasa seimbang untuk meneruskan meta. Jadi mengikut statistik dengan penggunaan pemain, bagaimana kesannya dan jenis senjatanya, semua ini tidak kira dari SMG atau AR, pasukan mereka akan memberi pelbagai variasi untuk pemain seronok menggunakan pelbagai jenis senjata dan bukan hanya fokus pada satu. Seperti baru-baru ini, pasukan telah buff up dalam single shot shotguns dan burst rifle kerana kekurangan pemain memainkannya.
Banyak antara permainan FPS dan Battle Royale sudah semestinya mempunyai kawasan “Hotspots” yang disukai pemain. Sama juga seperti Modern Warfare dan Warzone, Joe menyatakan dalam musim ini sahaja kawasan popular adalah di Verdansk Stadium.
“Saya rasa baru-baru ini di Season 5 adalah stadium, anda tahu bahawa kami membuka pintu itu dan banyak statistik video orang-orang yang menggila di sana sehingga berulang-ulang dan mereka seperti seronok dan menikmati ruang itu” – Joe
Selain Stadium, Kereta api terbaru juga menjadi hotspot untuk pemain bertarung disitu sambil menikmati mekanik baru. Juga, seperti biasa untuk pemain yang membaca bulatan maka disitulah terletak pemain untuk bertarung. Menurut Amos juga, ada juga pemain membuat keputusan untuk turun dikawasan “Contract” dan berhampiran bulatan serta meneruskan rancangan seterusnya untuk menyelesaikan misi.
Selain itu, di Verdansk Stadium, pasukan mereka akan sentiasa memberi kemaskini terbaru termasuk bunker yang berlainan, key card dan banyak lagi yang kini masih dalam perancangan Infinity Ward. Yang semestinya semuanya akan menjadi unik dan pengalaman besar terutama untuk Easter Eggs.
“Kami akan memastikan peta tetap hidup dan memastikan pemain mempunyai lebih banyak misi dan juga kisah cerita dalam peta.” – Amos
Marcus “Lerch” Ortega merupakan operator terbaru didalam Allegiance faction. Yang seronoknya pada watak Lerch ini, sama seperti Zedra yang lalu, mereka adalah berinspirasi dari manusia yang sebenar! Jadi ini memberi pemain sebuah watak yang realistik sambil pemain boleh menikmati fantasi tersendiri. Dengan memberi watak sebegini, pemain akan lebih seronok ibarat diri mereka bermain dalam pelbagai gaya dan persembahan watak.
Joe dan Amos masih belum berhenti mengongsikan beberapa pekara untuk kemaskini akan datang. Menurut Joe, buat masa sekarang untuk perkembangan Season 6 masih dirahsiakan, tetapi lebih menarik dalam kemaskini Season 5 adalah akan terdapat Mid Season Update! Seperti akan terdapat mortair operator terbaru, juga mod King Slayer terbaru.
Ya, mod terbaru King Slayer ini agak menarik kerana ianya seperti Team Deathmatch atau lebih kepada Multiplayer Team Deathmatch. Ianya akan terdapat sehingga 52 pemain didalam bulatan yang bergerak dimana pemain dapat terjun bersama pasukan dan rebutkan kemenangan dengan membunuh serta membunuh ketua dengan tanda dimana ada bendera padanya, makan pemain akan mendapat bonus pada mata. Kemudian, selesaikanlah baki membunuh pemain lain, dengan loadout, huru-hara, semuanya pasti menarik dalam mod yang akan datang ini.
Sesiapa yang teringin nak ada abiliti istimewa pada operator seperti beberapa permainan FPS lain, sila lupakan sahaja. Infinity Ward tidak akan melakukan abiliti tersebut kerana mereka lebih sukakan pemain mereka seronok dengan watak ibarat dalam fantasi menjadi askar yang betul. “Saya adalah watak ini dan saya akan serlahkan apa yang saya mahukan” seperti kata contoh yang dinyatakan oleh Joe. Dan dengan loadout dan apa yang anda loot di dunia permainan ini, maka dengan sengaja mereka menjauhkan diri dari fungsi abiliti yang terikat kepada operator dan menjadikannya lebih sebagai pilihan kosmetik untuk menghiburkan pemain.
“Dan jika kita membuatnya pada watak, anda hanya akan mencuba 1 hingga 2 watak dan semua orang akan fokus pada apa yang disukai kerana mempunyai terlalu banyak kekuatan. Jenis ini seperti tidak menggembirakan pengalaman pemain. Jadi lebih menyeronokkan seperti memilih watak anda dan memilih fantasi anda sendiri.” – Amos
Okay, beralih semula pada kereta api terbaru dalam Modern Warfare/ Warzone. Memang sangat teruja bagi ramai pemain. Joe menyatakan mereka mempunyai idea keseluruhan senarai mod permainan di sekitar kereta api dan apa yang dapat dikatakan bahawa idea yang dimasukkan seperti langkah pertama yang membolehkan kereta api berada di peta, bermain dengan baik, berprestasi dengan baik dan membuat pemain pergi ke sana dengan nikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil looting dan bertarung di kereta api termasuk dalam keadaan bergerak dengan menembak kereta musuh, sambil bermain ibarat permainan mini seperti menjadi “King of Hill” di kereta api,
“Saya rasa sekarang kami berjaya melakukannya dan benar-benar menerima reaksi positif terhadap perkara itu, jadi bagi kita untuk mendapatkan langkah seterusnya untuk semua idea ini, kita dapat seperti mana kita boleh menambah pada kereta api, sama ada akan ada mod BR di kereta api, dan banyak lagi sehingga itulah yang kita cari untuk kereta api. Jadi buat masa sekarang untuk membawanya ke masa depan mengenai bagaimana kita akan menambahkan kemaskininya.
Dan siapa sangka, pekara tambahan ini memang baru sahaja dibincangkan oleh pasukan Infnity Ward. Sama ada sesuatu yang mungkin dihuni yang kini masih tidak mempunyai idea spesifik mengenai hal itu, tetapi pasti ada di fikiran pasukan ini untuk melihat bagaimana rancangannya dan bagaimana mereka dapat memperbaikinya seperti terasa “Ya, memang kool dan jom buatkannya lebih bagus“. Jadi sudah semestinya pemain akan melihat pelbagai pekara baru di atas kereta api mungkin dalam membina lebih banyak platform, atau loot work juga kereta jadi pemain boleh rasa keseronokan dalam akses popup pada gerabak kereta api itu.
Antara yang terakhir adalah kami bertanya mengenai “bug” yang terjadi pada permainan ini termasuk baru-baru ini dengan bug halimunan. Senang sahaja jawapan yang diterima, Joe dan Amos menyatakan apa pun jua jenis bug tidak kira ianya awak atau pemain suka atau tidak sukakannya, mereka akan terus menerus membetulkan permasalahan yang dilanda secepat mungkin. Wow, hebat betul pembangunan permainan kan? Laju betul buat kerja untuk menjaminkan yang terbaik kepada pemain.
Maka akhir kata Joe dan Amos, mereka berterima kasih kepada semua pemain yang mereka ada dan teruja melihat semua perjalanan permainan ini dari dahulu hingga kini. Jadi apa pula pendapat anda mengenai kemaskini dalam Call of Duty Modern Warfare / Warzone? Padu tak padu? Jangan lupa kongsikan pengalaman anda di laman sosial media kami ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post