Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SD Gundam Battle Alliance: Cara memilih Mobile Suit mengikut playstyle pilihan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2022
in Action, ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Panduan, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
SD Gundam Battle Alliance: Cara memilih Mobile Suit mengikut playstyle pilihan!
Share on FacebookShare on Twitter

SD Gundam Battle Alliance kini berada di pasaran untuk platform PlayStation, Xbox, Nintendo Switch dan PC, jadi mungkin ada di antara kamu yang sedang bermain sekarang. Buat mereka yang tidak tahu, game ini menampilkan 70+ Mobile Suit (MS) yang membuatkan ramai keliru hingga tidak tahu mana satu untuk pilih. Panduan ini ditulis khas untuk bantu anda “memilih Mobile Suit mengikut playstyle pilihan” dalam SD Gundam Battle Alliance!

Semua Mobile Suit sebenarnya sangat kuat

Jadi mengapa saya tidak sarankan mana-mana Mobile Suit “overpowered” untuk anda guna? Jawapannya adalah semua MS sebenarnya bagus-bagus belaka jika pandai digunakan dan jika “level-up” dengan konsisten. Walaupun game melabelkan sesetengah watak lebih kuat daripada yang lain, saya berjaya membawa OG Gundam (boleh didapatkan pada awal game) hingga ke hujung kempen tanpa banyak masalah.

Itulah sebabnya saya kata ia terpulang kepada cara permainan kita. Memandangkan game ini mengharuskan kita berlawan dalam pasukan yang terdiri daripada 3 watak, watak yang kita bawa ke medan pertempuran sangat penting. Jadi pilih MS yang anda selesa dan teruskan memakainya hingga dia menjadi kuat. Itulah nasihat pertama saya.

Mari kita ke bahagian seterusnya!

Apa itu “Role”?

“Role” adalah komponen penting dalam SD Gundam Battle Alliance dalam membezakan “tugas” setiap Mobile Suit dalam pasukan. Setiap MS yang boleh dimainkan telah dikategorikan kepada tiga peranan iaitu Infighter, All-Rounder atau Sharpshooter. Ini ditetapkan untuk setiap unit dan tidak boleh ditukar serta menentukan kekuatan serangan mereka pada jarak yang berbeza dan Role Action yang boleh unit itu gunakan.

Nama setiap Role pun sudah memberi petunjuk tentang gaya permainan yang dikhususkan oleh unit. Secara umum, mesti ramai akan membina pasukan mereka begini: 1x Infighter, 1x All-Rounder, 1x Sharpshooter.

Tetapi seperti saya kata, ia mengikut playstyle kita. Saya tidak suka berlawan secara jarak dekat (pengecut punya playstyle), jadi saya selalu penuh pasukan begini: 1x All-Rounder, 2x Sharpshooter — dan saling bertukar ganti antara watak-watak itu. Memang tiada masalah, korang jangan risau!

Jadi apa itu Role Action? Pertama sekali saya perlu kata adalah Role Action merupakan aksi tambahan yang ditentukan oleh setiap peranan dan boleh diaktifkan dengan ‘trigger kiri’ + ‘D-Pad Atas’ dengan memakan 5 Skill Meter. Saya akan jelaskan lebih lagi tentang Role Action di bawah.

All-Rounder

Seperti namanya, unit jenis All-Rounder amat serba boleh dalam pertempuran jarak dekat dan jarak jauh. Cuma mereka tidaklah sehandal berbanding dengan unit yang mempunyai pengkhususan di bidang tersebut.

Kelebihan All-Rounder adalah mereka boleh menyesuaikan diri dalam apa-apa situasi dan merupakan Role paling selesa dan versatile untuk majoriti orang pakai jika mereka buntu tidak tahu pilih apa.

Satu lagi perkara yang saya perasan adalah Special Attack (SPA) milik unit ini secara amnya sangat kuat, jadi ini adalah pilihan solid yang boleh beraksi secara bagus di atas medan pertempuran.

Bagi Role Action, All-Rounder mempunyai RA paling straightforward antara semua. Ia merupakan ‘buff’ kita boleh aktifkan selama 1 minit di mana ‘cancel’ (membatalkan aksi) adalah lebih cepat. Pendek kata, segala ‘cancel’ yang kita buat akan berubah ke ‘quick cancel’. Secara tidak langsung, ini memberi potensi untuk kita melakukan lebih kombo menarik.

Pada masa yang sama, ia juga berfungsi sebagai alat untuk mengelak serangan musuh andai kata terjumpa bos yang serangannya sukar untuk hadapi.

  • Kelebihan
    • Mampu berlawan pada jarak dekat dan jauh.
    • Abiliti SPA yang kuat
  • Kekurangan
    • Tidak terlalu kuat pada jarak dekat atau jauh berbanding Role lain

Cadangan Mobile Suit:

Freedom Gundam
Gundam Ez8
Arios Gundam

Infighter

Seterusnya, kita ada Infighter yang merupakan unit paling unggul dalam serangan jarak dekat. Disebabkan mereka perlu bertarung secara dekat, unit seperti ini lebih layak digelar sebagai tank kerana mempunyai jumlah HP (nyawa) yang tinggi dan pandai menarik perhatian musuh untuk menyerang mereka (supaya unit kita yang lain boleh melakukan damage daripada jauh).

Kelemahannya adalah mereka kurang handal daripada segi pertempuran jarak jauh dan perlu berurusan dengan banyak musuh sekaligus, lantas membuatkan unit ini lebih mudah untuk mati jika tidak diuruskan dengan betul.

Bagi Role Action, Infighter juga mempunyai buff yang boleh diaktifkan selama 1 minit di mana mereka boleh kebal terhadap ‘stun’ dan ‘knockdown’ daripada serangan musuh. Ini bermakna kita boleh dekatkan diri menggunakan serangan melee tanpa risau risiko diri diganggu atau dicampak oleh musuh.

Satu poin penting korang perlu tahu adalah buff ini tidak mengurangkan atau membatalkan damage yang dibuat oleh musuh, ia hanya membatalkan stun dan knockdown sahaja. Jadi korang masih boleh mati walaupun buff diaktifkan.

  • Kelebihan
    • Hebat dalam serangan jarak dekat
    • HP yang banyak
    • Pandai menarik perhatian musuh
  • Kekurangan
    • Serangan jarak jauh tidak kuat
    • Perlu berurusan dengan jumlah musuh yang banyak sekaligus

Cadangan Mobile Suit:

Gundam Barbatos (6th Form)
Justice Gundam
Banshee

Sharpshooter

Akhir sekali kita ada Sharpshooter, unit paling unggul dalam jarak serangan dekat! Antara semua role, Sharpshooter mempunyai gameplay yang paling mudah untuk belajar kerana combo-nya tidak kompleks seperti Infighter dan sesetengah All-Rounder.

Kerja kita hanya tembak, tembak dan tembak sahaja. Unit ini menjadi lebih efektif apabila kita memanfaatkan reka bentuk persekitaran (menembak dari atas = selamat).

Tentang soal kelemahan, HP mereka adalah yang paling rendah dan tidak kuat dalam serangan jarak dekat. Bayangkan korang terperangkap dan sekeliling adalah musuh, jawapannya memang mati lah. Jadi menjaga posisi itu amat penting semasa memainkan unit Sharpshooter.

Untuk Role Action, ia juga mudah digunakan di mana semua peluru senjata kita diisi semula serta-merta. Ya benar, semua peluru kita akan diisi semula hingga maksimum, tidak kira sama ada senjata itu dalam proses “reload” atau peluru masih banyak.

Jika digunakan apabila peluru semua penuh, Skill Meter tetap akan digunakan yang bermaksud kita membazir. Itu korang perlu berhati-hati.

  • Kelebihan
    • Hebat dalam serangan jarak jauh
    • Playstyle paling mudah untuk belajar
    • Role Action yang mudah digunakan
  • Kekurangan
    • HP rendah
    • Serangan jarak jauh lemah

Cadangan Mobile Suit:

GM Sniper II
Seravee Gundam
Providence Gundam

Saya harap panduan ini membantu anda “memilih Mobile Suit mengikut playstyle pilihan” dalam SD Gundam Battle Alliance! Jika korang ingin unlock setiap Mobile Suit dalam game ini, sila gunakan panduan kami di sini. Saya sediakan info ringkas untuk mencari setiap Mobile Suit kegemaran kamu!

Bandai Namco Entertainment telah mengeluarkan SD Gundam Battle Alliance secara rasmi sejak 25 Ogos 2022 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

SD Gundam Battle Alliance
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Artdink Corporation
Release Date: 2022-08-25
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
SD Gundam Battle Alliance akan dikeluarkan pada 25 Ogos 2022 untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC dan menampilkan “jalan cerita yang merentasi ruang masa”, di mana menghimpunkan pelbagai Pilot dan Mobile Suit berbeza daripada francais Gundam.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gundamMobile SuitSD Gundam Battle Alliance
Previous Post

[Review] Rabbids: Party of Legends – Game kasual yang banyak “grinding”!

Next Post

PlayStation Studios Malaysia Turut Terlibat Dalam Pembangunan The Last of Us Part 1!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PlayStation Studios Malaysia Turut Terlibat Dalam Pembangunan The Last of Us Part 1!

PlayStation Studios Malaysia Turut Terlibat Dalam Pembangunan The Last of Us Part 1!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd