Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SCRY Artic Spider (Limited Edition) – Aksesori ‘Plug-and-Play Cooler’ supaya PS5 tidak Overheat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 19, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
SCRY Artic Spider (Limited Edition) – Aksesori ‘Plug-and-Play Cooler’ supaya PS5 tidak Overheat!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, syarikat solusi penyejukan SCRY, telah mengumumkan produk baharu yang dicipta sempena pelancaran game Marvel’s Spider-Man 2. Memperkenalkan SCRY Artic Spider (RED) Limited Edition Cooler, yang bersedia untuk membawa pengalaman gaming anda ke peringkat seterusnya serta direka bentuk khas untuk game Spider-Man 2 akan datang!

Kredit: SCRY

Khas untuk para gamer, SCRY memahami betapa pentingnya untuk memastikan konsol kekal sejuk semasa sesi gaming yang sengit. Bagi membantu, SCRY Artic Spider (RED) Limited Edition Cooler telah direka dengan mengambil kira ‘gaya dan prestasi’.

Reka bentuk merahnya memberi penghormatan kepada sut ikonik Spider-Man, lantas menjadikannya teman yang bagus untuk para penggemar yang ingin penyejukan tambahan.

Secara am, SCRY Artic adalah aksesori bagus untuk sesiapa yang memiliki PlayStation 5 tetapi sering mengalami masalah pemanasan. Ringkasnya, SCRY Arctic merupakan cooler jenis plug-and-play yang direka untuk PS5 dan kini sedang mengumpul dana melalui Kickstarter.

Kredit: SCRY
Kredit: SCRY

Menurut halaman rasmi, aksesori ini digelar sebagai “cooler PS5 tercanggih di dunia” dan menampilkan enam kipas dengan sehingga 10,000 putaran seminit. Artic boleh disambungkan ke PS5 dengan mencantumkan aksesori di bahagian belakang serta memasangkan port USB-A ke dalam konsol.

Artic serasi dengan kedua-dua PS5 dan PS5 edisi Digital dan boleh dipakai dalam posisi PS5 mendatar atau menegak.

Artic mempunyai satu port USB-A 3.0, jadi anda tidak perlu risau jika sering memakai port USB-A di bahagian belakang PS5. Halaman rasmi turut menerangkan bahawa reka bentuk Artic tidak akan menghalang port USB-A, ethernet, HDMI, dan port kuasa di bahagian belakang konsol.

Selain daripada kipas penyejuk dan port USB-A, Artic mempunyai lampu pencahayaan LED putih, yang juga menandakan bahawa peranti telah dipasang dengan betul ke PS5.


Bagi mereka yang berminat, SCRY Artic Spider (RED) Limited Edition Cooler tersedia dalam kuantiti terhad. Jadi anda perlu bertindak pantas untuk memiliki satu uni. Untuk maklumat tambahan, sila layari laman web mereka di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: coolerps5SCRY Artic
ShareTweetSend
Previous Post

Dragonheir: Silent Gods Tersedia Pada 19 September di Semua Platform Secara Global!

Next Post

Diskaun Terakhir, Marvel’s Avengers Kini Dijual Dengan Potongan Harga 90%!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Diskaun Terakhir, Marvel’s Avengers Kini Dijual Dengan Potongan Harga 90%!

Diskaun Terakhir, Marvel's Avengers Kini Dijual Dengan Potongan Harga 90%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd