Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scalper PS5 menganggap operasinya dapat menghasilkan ramai usahawan berjaya!

Maira by Maira
January 24, 2022
in Artikel, Berita, Konsol
0 0
0
Scalper PS5 menganggap operasinya dapat menghasilkan ramai usahawan berjaya!
Share on FacebookShare on Twitter

PS5 sudah pun dilancarkan lebih daripada setahun yang lalu, tetapi konsol itu masih tidak mempunyai bekalan yang cukup untuk gamer di seluruh dunia. Selain daripada masalah bekalan cip penting untuk penghasilan konsol, aktiviti scalper juga antara punca berlakunya masalah ini. Ramai peminat PS yang kecewa dengan operasi terbabit malah scalper terus berhujah bahawa operasi mereka tidak salah. Bukan setakat itu sahaja, ada yang menganggap operasi scalper PS5 ini mampu melahirkan usahawan yang berjaya.

PS5

Melalui temu bual di UK, Jack Bayliss, pemilik syarikat Aftermarket Arbitrage, berkata bahawa syarikatnya telah memberi peluang kepada usahawan untuk mendapatkan pulangan yang baik. “Apa yang mereka lakukan sebagai usahawan, mereka menggunakan segala usaha untuk mendapatkan pendapatan lain dan mereka melakukan sesuatu yang 90% daripada populasi bumi ini tidak akan lakukan” kata Bayliss kepada Sky News.

Apa yang mengecewakan ialah, syarikat terbabit telah menggunakan bot untuk mendapatkan konsol PS5 ini. Melihat percubaan daripada ahli politik di AS dan UK untuk menyekat penggunaan bot-bot ini, masih tiada apa-apa tindakan yang diambil. Bayliss berkata kepada Sky News bahawa 95% daripada ahli Aftermarket Arbitage tidak menggunakan bot dan bergantung pada pembelian secara manual. Dia juga mengatakan bahawa ramai ahli syarikat itu telah mandapat kejayaan untuk diri mereka sendiri.

“Salah seorang ahli kami, dia mempunyai hutang perjudian £20,000 (anggaran RM 113k). Dan kami telah mengambil dia. Dia telah bersama kami selama setahun, hutangnya kini sudah terjelas, dan saya fikir dia telah membuat sejumlah besar wang.”

Komen yang diberikan Bayliss sudah pasti tidak digemari oleh peminat yang masih bergelut untuk mendapatkan konsol tersebut ataupun mereka yang terpaksa membeli daripada scalper. Masalah cip secara global bukan sahaja menjejaskan konsol PS5 sahaja, tetapi konsol lain seperti Nintendo Switch dan Xbox. Sony juga nampaknya mempertingkatkan lagi pengeluaran untuk konsol PS4 memandangkan kekurangan bekalan PS5 dan tidak mahu peminatnya terlepas merasai game eksklusif terbaru untuk konsol tersebut.

Walaupun cerita yang diberitahu agak menyentuh hati, tetapi janganlah sesekali kita bersimpati pada scalper ini. Bukan setakat mereka mendapat hasil yang sangat lumayan malah ada juga yang sanggup menipu. Jadi, lebih baik anda semua beli sahaja daripada pihak yang sah. Bukan sahaja jimat malah risiko ditipu itu adalah sifar. Bagi yang masih belum mendapat giliran untuk memiliki konsol tersebut, kita masih mempunyai banyak lagi peluang yang menanti.

Sumber: comicbook

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5Scalper PS5usahawan
Previous Post

Protein & suplemen Naruto GFuel tersedia untuk mereka yang nak jadi Hokage

Next Post

Kantoi tiru watak LoL untuk game sendiri, Riot Games saman studio dari Vietnam

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kantoi tiru watak LoL untuk game sendiri, Riot Games saman studio dari Vietnam

Kantoi tiru watak LoL untuk game sendiri, Riot Games saman studio dari Vietnam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd