Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Satu Lagi Game Ciplak Dijumpai, Kali Ini Sekiro Pula Menjadi Mangsa!

Maira by Maira
October 7, 2022
in Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile
0 0
0
Satu Lagi Game Ciplak Dijumpai, Kali Ini Sekiro Pula Menjadi Mangsa!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda rajin menyelam dalam kedai aplikasi masing-masing, mesti anda akan jumpa banyak game ciplak. Yang terbaru, boleh pula sebuah game mobile di iOS yang tersedia dengan menciplak game Sekiro: Shadow Die Twice. Bukan nak menuduh, tetapi sekali lagi game ciplak ini dihasilkan oleh pembangun dari China. Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda!

Ditemui melalui App Store, game ini bertajuk “魅影之狼:至暗时刻 黑暗忍者养成3D动作手游 ” dan diterbitkan oleh 志龙 徐. Ianya tersedia untuk pengguna iOS 9. Agak mengejutkan juga apabila membuka game ini melalui iPhone kerana skrinnya tidaklah optimum. Tetapi kalau menggunakan iPad barulah dapat melihat skrin game dengan lebih elok.

Di sinilah mula lawaknya. Aplikasi game ciplak Sekiro ini nampaknya ada hos beberapa game lain seperti Diablo 3 dan game fighting DNF. Tetapi sudah tentu kedua-dua game tersebut juga game ciplak.

Selalu kalau kita muat turun game mesti kita boleh terus mainkannya. Berbeza dengan game ciplak Sekiro ini, pemain perlu memberikan rating 5 bintang berserta review melebihi 20 patah perkataan. Dengan ini barulah anda boleh mendapat akses untuk bermain malah mendapat ganjaran khas yang merupakan pakej khas iaitu “warrior gift package.”

Sumber: Weibo

Memandangkan ini game daripada China, pemain perlu mempunyai ID China. Jadi kami tidak dapat untuk mengenal pasti jika ia benar-benar game Sekiro. Walaupun begitu, melalui skrin game, terdapat beberapa maklumat lain yang boleh kami dapatkan. Antaranya ialah ciri sistem VIP, promosi terhad dan juga pembelian mata wang premium.

Satu lagi yang pelik ialah game ini dimainkan secara menegak. Bukan melintang seperti game aksi yang lain. Benda lawak lain ialah pada bahagian hak cipta pada laman App Store. Boleh pula ia meletakkan “Sekiro – Hardcore Action Mobile Game” pada bahagian tersebut. Memang meminta sungguh.

Apapun, game ciplak seperti ini selalunya tidak akan bertahan lama. Tetapi teringin juga untuk mencubanya. Manalah tahu jika ia betul-betul boleh bawa masuk game Sekiro ke platform mobile.

Apa pula pendapat anda? Adakah anda teringin untuk mencubanya?Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang industri gaming, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinagame ciplakplagiatSekiro
Previous Post

Ini 5 game anime terbaik Free-to-Play untuk korang mainkan di mobile!

Next Post

“Cara-cara untuk pitching game anda kepada penerbit” – Vlad daripada Neon Doctrine [Level Up KL 22]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
“Cara-cara untuk pitching game anda kepada penerbit” – Vlad daripada Neon Doctrine [Level Up KL 22]

"Cara-cara untuk pitching game anda kepada penerbit" - Vlad daripada Neon Doctrine [Level Up KL 22]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd