E-sports kini semakin berkembang dan tidak dinafikan yang ramai mencuba nasib untuk terjebak dalam bidang ini. Terdapat banyak institusi dan kolej-kolej di luar sana yang ingin menarik gamers untuk menyertai mereka. Apex Legends pula adalah game battle royale terbaru dari EA yang kian mendapat sambutan hangat dalam kalangan pemain. Jadi, satu kolej di United States tidak melepaskan peluang untuk menarik gamers yang minat Apex Legends ini dengan memberikan mereka tawaran biasiswa.
We are very excited to make history with @TeamGenji and @BeckerCollege by offering the nation’s first @PlayApex Collegiate Scholarship! BIG TINGS COMIN’!#apexlegends #esports #collegeesports #apex https://t.co/zPTgQyn5Zi
— Helix eSports (@HelixeSportsUSA) March 14, 2019
Benver College yang terletak di Massachusetts menawarkan biasiswa tersebut dengan kerjasama antara Team Genji (organisasi professional untuk gaming) dan juga Helix eSports. Biasiswa sebanyak $5,000 USD itu akan diberikan kepada pemain Apex Legends yang paling top agar mereka dapat menggunakannya untuk pendidikan di sekolah. Pengurus besar esports Becker College iaitu Timothy Loew berkata:
“Sebagai tuan rumah untuk program esports antara University pertama di Massachusetts dan juga kursus degree pertama dalam pengurusan esports di negara ini, saya berasa sangat teruja untuk melihat perkembangan dalam dunia gaming yang sangat kompetitif ini dengan kerjasama antara Genji dan Helix.”
Selain jadi kolej pertama untuk menawarkan kursus dalam pengurusan esports, Becker college punya program untuk game design juga dikenali sebagai ketiga terbaik di dunia menurut The Princeton Review.

Seperti yang korang tahu, Apex Legends ini masih lagi baharu. Jadi esports besar-besaran masih belum ada untuk game ini, tapi yang pasti ia tentu akan datang. Sesiapa sahaja yang berminat untuk masuk dalam Becker college akan diberikan peluang untuk mencuba menyertai pasukan Apex mereka, yang akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Maklumat lanjut korang boleh tengok sini.
Sumber: Comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post