Rules of Survival (ROS), game mobile battle royale popular yang dikembangkan oleh NetEase Games, telah bekerjasama dengan siri anime/manga terkenal Attack on Titan (AOT) untuk membawa watak utama termasuk Eren dan Mikasa ke dalam permainan! Acara kolaborasi ini akan berlangsung selama satu bulan dan secara rasmi dilancarkan hari ini (13 Oktober) di wilayah Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Pemain ROS boleh mendapatkan buff dan ganjaran secara percuma dengan bertemu watak utama AOT dan menyelesaikan beberapa misi dalam manual latihan khusus. Item bertema termasuk kostum transformasi, senjata dan juga kereta yang boleh didapati dalam loteri. Selain itu, sebuah mod interaksi baru akan dilancarkan semasa tempoh kolaborasi ini. Pemain boleh mengikuti latihan Survey Corp dan bertarung melawan Titan, dan mendapatkan token dari watak AOT serta memenangi pelbagai jenis bonus unik.
Secara keseluruhan, kolaborasi baru Attack on Titan akan membawa lebih banyak kejutan dan kegembiraan kepada para pemain Rules of Survival dan peminat anime.
Bagi mereka yang tidak tahu, studio Enish dari Jepun juga telah mengumumkan game Attack on Titan: Brave Order untuk peranti iOS dan Android! Dijelaskan sebagai game “massively multiplayer cooperative RPG”, pemain akan menjadi salah satu dari anggota Survey Corps bersama Eren dan Mikasa, dan harus melawan para Titan bersama dengan pemain lain. Ia juga dilengkapi dengan lakonan suara.
Malangnya, Attack on Titan: Brave Order tidak mengumumkan tarikh pelancaran rasmi dan mungkin akan keluar di Jepun dahulu. Pelancaran global masih dalam perbincangan buat masa ini. Itu sahaja maklumat yang didedahkan! Sikit kan? Jika nak info lebih, korang boleh melawat halaman web rasmi di sini atau ikuti perkembangan semasa di akaun Twitter mereka.
Pada masa yang sama, tarikh pelepasan untuk Attack on Titan The Final Season: Part 2 telah diumumkan secara rasmi. Pengumuman itu datang pada penghujung acara konsert dan memberitahu bahawa anime akan kembali dengan episod 76 yang berjudul “Danzai”. Bagi mereka yang tidak tahu, Attack on Titan adalah siri anime popular berdasarkan manga Jepun dengan nama yang sama. Musim pertama anime membuat tayang perdana pada bulan April 2013, dan sejak itu, ia telah mengumpulkan berjuta-juta peminat di seluruh dunia. Sudah tentu, ada juga peminat yang kecewa bahawa manga AOT telah tamat pada awal tahun. Namun, korang semua masih boleh menantikan kepulangan siri anime.

@gamersantaimy
Discussion about this post