Jalan cerita Boruto: Naruto Next Generations kini berada di story arc Kara Actuation ketika Boruto dan Sarada sedang melatihkan diri untuk pertarungan kedua melawan Deepa di mana ramai peminat pasti kagum melihat pertarungan menakjubkan antara Sarada dan ibunya, Sakura. Sarada telah berlatih dengan ayahnya, Sasuke untuk mengendalikan Sharingan dengan lebih baik kerana matanya telah gagal semasa pertarungan dengan Deepa, tetapi Sakura perasan bagaimana anak perempuannya terlalu memaksa diri dalam latihan ini. Oleh itu, dia memutuskan untuk tunjuk jalan sebenar kepada Sarada dalam episod terbaru anime.
Sakura amat bimbang Sarada memaksa dirinya tanpa melihat hasil, lalu melibatkan dirinya dalam salah satu sesi latihan Sarada. Selepas memberitahu Sasuke untuk undur diri, Sakura mengajar anak perempuannya beberapa teknik mengawal chakra secara langsung dengan pertarungan sengit antara mereka yang menunjukkan bahawa Sakura masih memiliki kekuatannya unggulnya semasa muda.
Episod sebelum telah menyaksikan Sakura mengakui kenyataan bahawa anak perempuannya akan berada dalam bahaya yang berterusan sebagai shinobi. Sakura memperhatikan bahawa Sarada tidak memiliki kawalan chakra yang tepat dalam latihan tetapi pada masa yang sama, ingin menyampaikan segala perasaan melalui cara fizikal.
Walaupun Sarada menghadapi masalah dengan ibunya pada awal pertarungan, akhirnya dia manfaatkan kawalan chakra ibunya ketika menggunakan Sharingan untuk meniru pergerakan Sakura. Dia menyalinnya dengan sungguh tepat sehingga mereka kedua-dua penumbuk mereka bertembung lalu menyebabkan gelombang angin yang menghancurkan persekitaran sekeliling. Ini sejujurnya adalah persembahan yang mengagumkan daripada keluarga Uchiha terbaru.
https://www.youtube.com/watch?v=9IoOOHWw1Sk
Apa pendapat anda tentang pertarungan antara Sarada dan Sakura dalam episod terbaru Boruto: Naruto Next Generations? Beritahu pendapat anda dalam ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post